Monday, May 31, 2010

Result. Cuak?


Setelah bertarung nyawa (huhu) pada akhir April baru ni, akhirnya penantian suatu seksa sudah berakhir. Bagi pelajar UDM, keputusan peperiksaan keluar hari ni.

Terima kasih kepada keluarga, lecturer2 dan rakan2 keran tolong si Nadhirah Ahmad Shukri.

Tahniah bagi yang dapat Anugerah Dekan. Dan saya, alhamdulillah syukur sebab keputusan baik. Namun, kesal tak dapat pelajar terbaik. Beza dengan pelajar terbaik adalah gpa 0.04. Ergh.. Satu subjek beza. Fiqh Islami. Dapat A-. Malu pada diri sendiri sebab tak boleh skor subjek agama! Subjek lain skor, tapi subjek agama tak skor. Erghhh

Bagi yang kurang bernasib baik, jangan putus asa cuba. Muhasabah balik, mungkin cara anda belajar silap. Mungkin study group berkesan. Mungkin dengan buat nota ringkas berkesan. Tapi yang penting, study awal2! saya lihat hanya segelintir yang study awal2 dan awal2 sem tak fokus betul2. Tak perlu jadi nerd, hadap buku 24 jam. Bahagi masa elok2. Masa study, fokus! Pesanan untuk diri sendiri jugak sebab ada subjek diri sendiri fokus last minit. Assgmnt pun ada gak yg ku tangguh.. Aih...

Cuak gile dengan result sebelum ni. Sebab sebelum final pergi bercuti. Kerja gile. Nasib baik result okay. Kalau tak, mesti rasa lagi malu pada diri sendiri sebab habiskan duit makayah bawak pi jejalan, tapi result hampeh. Lega punya lega. Nazar pun kena tunaikan dah.


Sedang tengok berita tv3 pkul 8. Takut tengok video kapal Mavi Marmara kena serang. Selamatkanlah sukaralewan2 ni, ya Allah.... Cuma hairan kenapa dunia tak boleh nak lawan si negara kecik kejam tu.

Larangan merokok di pejabat yang berhawa dingin serta dalam kenderaan awam. Tapi baru ni, dalam bas, driver merokok. Geram betul. Pening bau. Nak mati, kamu seorang je lah matikan diri, tapi jangan cuba nak matikan orang lain.



1 comments:

eencyweency said...

congrats again nad!!!

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...