Saturday, May 1, 2010

5 Hari di Bukit Jelutong


Esok saya akan tinggal Bukit Jelutong. Syok juga la duk sini. Tambah 2 lagi jenis kereta yang dipandu dalam senarai pengalaman hidup; Honda Accord & Kia Spectra. Siyes boleh tahan dalam Accord ni (walaupun cuma bawak pusing kat depan rumah dan masukkan dalam garaj). Jalan2 kat Bukit Jelutong ni, boleh tahan dikuasai. Tapi malam, agak kurang pasti. Hehehe.

Layan Domino. Breadstix enak juga dimakan. Kalah yang Pizza Hut punya,. Nasib baik Domino tak ada di Terengganu. Hari persekolahan, jadi pengiring sepupu ke sekolah. Naik basikal. Bes gak la naik basikal ni. Dulu2 teringin sangat nak pergi sekolah naik basikal. Kiranya, macam tercapai jugak la. Walaupun sekolah tu dekat. tapi peluh gila (tak pernah exercise lah katakan).

Game dan cerita2 bes tak dilayan memandangkan nak exam. waktu dengan FB dikurangkan kerana ada benda lain nak dibuat. Seperti bermain dengan Mony, si kucing bulu lebat-kerja makan tido-gemuktapi comel.

Dalam post sebelum ni, cakap banyak makan kan. Tapi kali ni tak, sebab asyik telan milo dan calciyum. Tinggi la aku nanti. Esok dah balik. Naik kunang-kunang besar. Baru faham kenapa nama firefly. Malaysia ni banyak kunang-kunang. Jadi sempena keistimewaan ni kot. Agak je.

Malam ni uncle balik. Monday- Psycholinguistics. Good luck. all the best

0 comments:

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...