Monday, April 26, 2010

Aku telah didiagnos....


Apa perasaan anda bila musim peperiksaan? Mungkin tenang bagi yang otak telah diprogramkan sebagai wikipedia. Mungin gelora bagi yang otak gear 2 sebab makan asam masa exam.

Yang pasti, bila saya ulang kaji atau study, saya ada merasakan tekanan. Dan bila tertekan, maka kaki terhinjut2 dari kerusi. Nyet2 berjalan ke dapur. Selongkarlah bawah saji atau peti. Yang mana berkenan, dimakan. Rasa macam sangat tidak terkawal. Sampai makan makanan berat 4 kali sehari.

Dengan kelakuan sebegini selama hampir sebulan saya diagnos diri saya dan didapati saya akan makan jika tertekan. Semakin banyak tekanan, semakin banyak kali Nadhirah makan.

Satu lagi, sekarang ni mempelam atau pauh bergantung-hayun di pokok2 tatkala menjeling ke luar rumah. Yang tinggi2 tak dapat dikait kerana tiada kewujudan galah. Kerana kewujudan kalah akan meningkatkan peratus risiko kepala orang terpancung jika tersilap guna. Bagi mengelakkan sebarang jenayah atau risiko kawasan rumah menjadi berpuaka, galah dilarang sama sekali. Oleh itu, penyapu memberi kerjasama memberi khidmat menjolok buah yang rendah2. Saya akan makan dengan menjilat jari. Tak banyak. Cuma satu-dua sahaja. Dos masih dibawah kawalan. Setelah diteliti perenggan ini, didianos bahawa saya memang ikut nafsu makan walaupun sedang exam.

Adakah anda mengalami situasi yang sama? kaki terhinjut2? Fikirkanlah.

Tips: Jangan makan dalam kuantiti yang banyak setiap kali makan kerana ia akan menyebabkan anda mengantuk. Maka, anda tak boleh mengulang kaji pelajaran.

Untuk kurus, makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi jika lapar, minum air dulu. Makan buah. Kemudian baru makan nasi atau pizza atau roti. Cara ini baik untuk penghadaman perut dan untuk slim.

Amaran: asam tidak baik untuk minda


2 comments:

izan said...

sama macam aku. asal exam je nafsu makan tinggi. susah2.

Nadhirah Ahmad said...

xpe. mu bakar lemok bile stad. (ayt ngubat ati)

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...