Saturday, April 10, 2010

Aktiviti dalam Kelas Era 90-an


Pergi sekolah, masa cikgu tak masuk kelas, memang gembira. Sebab banyak aktiviti. Antaranya:



Dulu, kat koperasi, memang standard ada pemadam ni. Beli pemadam banyak2, bukan nak banyak padam apa yang ditulis, tapi sebab nak main. Guna jari, duk tekan hujung pemadam, dan pemadam akan bergerak. Pemadam yang dapat tindih pemadam pihak lawan, dikira menang!





Ni benda si pelajar perempuan. Tak pernah beli, tapi selalu pinjam yang kawan masa main dalam kelas. PEncil box dijadikan katil patung ni. Pemadam adalah bantal dia. Tisu sebagai selimut. Lepas tu main tukar2 baju dia. Salute la pereka patung kertas ni. Tak payah mak ayah susah2 beli Barbie doll. Yang ni satu kertas tu, banyak jenis baju ada.




Mainan ni sepupu saya beli kat Mydin. Masa darjah 4 saya main benda ni. Duk main old maid ramai2. Bes! kadang2 guna kad ni untuk main snap.





Siapa yang tak pernah tengok kawan dia pakai kotak pensil ni. Lagi banyak compartment yang keluar bila ditekan, lagi class! Ada juga ambil pembaris letak kat atas kotak pensil ni, dan letak pemadam atas pembaris tu. Kemudian, dushh guna tangan tekan kat hujung pembaris, maka melambung lah pemadam itu. Pandai budak2 zaman dulu buat catapult.




Nilah antara permainan budak2 sekolah era 90-an. Rindu plak..... Tapi upin ipin, ada juga main game macam pemadam tu. Cuma modified skit, guna batang aiskrim.


3 comments:

izan said...

aah kan, haha, mainan mantop gile. muroh2 je plk tu. hehe. masuk era millennium lepas upsr, aku dah stat main monopoly, saidina, etc tuh. :D

Nadhirah Ahmad said...

ak rndu men ptung ketas tu

akmall said...

nadhirah....aku pun dulu main gak patung kertas...banyak masa tu aku beli...
bub tu sampai sekarang aku suka je men mcm fashion2 ni...hahah..sketch2 ni..suka benar lah aku...

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...