Sunday, February 28, 2010

Macamana dengan Lawatan?


Moral: Jangan terlalu excited. Hu3. Start2 tulis, dah ada pengajaran. Rabu 24hb Februari Bach of English Society buat lawatan ke KL. Rabu malam bertolak. Naik bus. Mula2 bising juga tapi lepas berhenti makan, masing2 perut kenyang, jawabnya= zzzz.



Sampai di Bukit Jelutong pukul 5.20 pagi. Penginapan di Puncak Perdana. Kata jauh gile tempat tu. Tapi tak pun. 10min je dari Bukit Jelutong. Okay la tempat tu.

Esok tu, pergi Media Prima. Best2. Encik Damian yang jadi tourist guide. Bila lawat tu, baru tahu yang ada Fly.FM. Tak pernah dengar pun sebelum ni. Best sebab dapat tengok macam2 alat dan tempat. Studio yang kerusinya kotor, tapi nampak dalam tv comel je. Media Prima bangunan dia tak ada lah besar sangat sebab dikongsi dengan TV3, TV9, TV8, TV3 Ghana dan radio2 lain. Dalam studio sejuk sampai terselsema sebab bila on air, lighting memang memeluhkan badan.


Lepas tu tengok Berita Terkini pukul 4 petang live. Sebenarnya, tak ada live pun, sebab delay 3saat. Kalau guna Astro, delay lagi 3 saat. 3 saat ni untuk pastikan boleh tapis apa-apa yang perlu. Dan pembaca berita tu memang baca skrin di kamera. Tapi ada back up kertas. Kalau keluar berita yang terbaru, akan automatik print di meja dieorang. Dan pembaca akan guna ear piece dan mic. Mic ni boleh dikawal oleh pembaca. Kot2, nak batuk, jadi boleh off.





Lepas pergi Media Prima, pergi 1 Utama. Ada berkenan sandal. Tapi kawan tertinggal baju yang dia beli kat surau. Punya la penat nak pergi surau tu. Jauh sangat2. Ingat nak jumpa kawan SMKATJ, tapi cam tak sempat je sebab pukul 9 dah kena balik. Badan pula gatal2 jadi macam tak selesa nak jalan2.

Kawan saya ada bawa anak saudara dia, punya lah comel memang nak picit2. Tapi bila ramai2 kerumun dia panas kot, tu yang dia nangis. Yela, sorang agah baby. Sorang lagi duk pegang2 cakap sihatnya dia. Sorang lagi dukung. Sory, baby. Siapa suruh awak jadi comel. kan dah kena kerumun. hahaha.

Malam tu terpaksa balik. Sebab nak pergi klinik. Badan allergy. Sebelum ke KL dah ad skit2. Tapi bila di KL punya lah melarat sampai bengkak2. Campur dengan tak tukar baju seharian. Memang tak tahan la. Inform kepada Mr Jamil (Coordinator BEN) dan pengiring2. Kemudian call uncle dan nasib baik la ia tu tinggal Bukit Jelutong. Maka sangat dekat lah dia nak ambil saya. Dia pula businessman. Jadi, masa flexible.

Terus pergi klinik 24 jam Bukit Jelutong. Doktor cakap saya allergy. Mungkin kerana makanan. tapi saya tak pernah allergy kepada makanan. Saya memang pernah allergy dengan cuaca. Tapi sampai form 5 je. Sekarang jadi balik. So, dia cakap mungkin cuaca dan dust. Got one jab! Tak sakit pun.

Sedih juga sebab tak dapat join rombongan pergi Angkasapuri. Tapi nak wat camna. Takut melarat lagi. Tak pelah. Media Prima pun dah ok (ayat pujuk diri sendiri)




0 comments:

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...