Tuesday, October 13, 2009

Tempahan Keranda?


Baru ni pergi Kg Telaga Mas di Paka. Program Khidmat Masyarakat yang Kokurikulum.Minta2 dapat A. Amien.. Jumaat, pagi bertolak, sampai UDM pada pukul 1pagi. Sangatlah letih tapi pengalaman baru. Untuk pukul 10-12 ada aktiviti gotong royong. Tapi leader cakap 3 orang untuk memasak, 3 orang buat keranda, selebihnya bersih surau. Saya cepat2 'cop' untuk buat keranda. Walaupun macam kerja lelaki, tapi rasa berminat sangat nak buat. Bukan senang nak dapat peluang.

Maka, saya ajak kawan saya 2 orang lagi untuk turut serta. Yang ajar Pakcik yang membahasakan dirinya "Pok". Kerja buat keranda ni, turun temurun dari atoknya lagi. Tapi, saya fikirkan dia patut pakai mask dan benda yang kat telinga tu. Yang orang dekat landasan kapal terbang tu pakai. Ear protector. Sebab kerja ni banyak sangat debu (sawdust) dan bunyi mesin kuat sangat.


Kami buat 2 keranda. Satu besar, satu saiz biasa. Gambar ni adalah keranda yang saiz biasa. Keranda pertama ambil masa lama skit, sebab first time buat kan. Takde experience. Keranda kedua dalam 45minit je buat. Tak da la susah sangat nak buat ni bila dah tahu macamana. Tu la namanya learning. Learning make things easier to do.

Oleh itu, sapa nak tempah keranda?


p/s: Keranda dah buat. Check-in bila erk??



1 comments:

al-amin said...

knape blog ni xleh klik kat shoutout die..

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...