Thursday, July 9, 2009

Sekelip Mata Seribu Gelaran

Anda pernah terfikir tak. Bila la anda nak dapat gelaran lain. Datuk ke. Datin ke. Datuk, jadi la glamour2 skit. Nak datin, cari la datuk2 yang handsome tapi muda lagi macam Nazim (husband Norjuma) tu. Ada yang sampai tinggal terus amal untuk akhirat semata-mata mengejar dunia.

Terfikir kah anda. Anda akan dapat gelaran yang berlainan dari sekarang nanti. Semua orang akan dapat. Bila Izrail datang memanggil, jasad terbujur di pembaringan. Maka nama Hassan diganti dengan Arwah atau Allahyarham. Hassan disebut jenazah. Lebih dari satu gelaran digunakan dengan hanya sekelip mata. Tak perlu nak tunggu cipta alat canggih untuk dapat gelaran.

Sebenarnya teringat kat arwah mak saudara yang baru meninggal dunia. Terfikir bila plak masa aku. Ada ke yang mendoakan aku? Ada ke yang menyedahkan al fatihah kepada ku? Atau hanya ada yang menangis sahaja? Bila digelar jenazah, semua benda orang lain uruskan sebab diri hanya kaku pada waktu itu. Ketika inilah sedekah, anak yang soleh solehah dan ilmu yang diajar menjadi bekal untuk ke sana. Sebagai hidangan dan lampu di ruang gelap. Zikirullah dan Quran sebagai pelindung dan menemani tatkala keseorangan.

"Apabila kita kejar dunia,dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita"

Luar topik skit, tadi jalan pergi ke Fakulti Pengurusan. Aku lalu kat gajah menyusur,ada seorang laki ni tengok je kat aku bila aku lalu. Aku wat dep je la. Lepas tu ak tersedar ada orang berjalan tepi aku sambil merenung aku. Creepy sangat! Dia pun belok arah lain. Aku pun terus cepat2 ke fakulti. MEnakutkan sangat laki tu. Tak suka! Kepada pembaca blog ni yang lelaki, jangan wat camtu kat perempuan. Rasa seram gila.


0 comments:

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...