Wednesday, July 8, 2009

Menuntut Ilmu itu Jihad


Baru 4 hari, memang tekanan banyak sangat. Subjek subjek semester ini sangat menguji saya. Tak pernah dalam hidup tertekan sebegini rupa dalam minggu pertama. Tadi kelas Pengenalan Komunikasi Korporat. Entah apa saya tak tahu. Sangat blur. Dengan buku rujukan yang bahasa inggeris, tapi exam bahasa melayu. Membuatkan saya begitu sakit hati dan tertekan. Banyak nye tertekan diulang. Hanya meluahkan perasaan, bukan doa. Rasa nak ngamuk dan nangis masa dapat latihan tadi. Mula2 tak tahu nak tulis apa. Bila dah mula, baru idea ada skit2. Skit je. Tak banyak pun. Sebab 15 minit je. Argghhh. Balik rumah rasa nak marah orang sebab tekanan di kampus. Dalam hati duk fikir, memang tak lulus nak timang anak lagi sebab tak pandai nak kawal emosi. Nanti kesian anak nangis sebab lapar, habis berterabur daging anak dibomkan oleh aku sebab tak pandai nak kawal emosi. Tak pun, aku bungkus anak macam gambar tu, pos kat mana2 rumah sebagai salah satu proses membuang anak menggunakan teori yang lebih halus.

Pengubatnya? Tidur! Sebab penat dan tertekan. Bangun tidur, macam hidup baru. Sambung study. Tapi tak bermakna saya buat assignment. Hahaha.

Bila taip post ni. Sinaran hidayah pun bersinar. Cakap kat saya yang "Menuntut Ilmu Adalah Jihad". Hati tersenyum. Jihad memang lah mencabar. Tak apa. Akan ku cuba menunaikan kewajipan ku sebagai seorang muslim. Apa lah sangat kesusahan menuntut ilmu kalau dibandingkan dengan berada di medan jihad. Melambangkan jenis ku adalah jenis yang lembik yang panjat gunung jauh sekali. Bukit pun dah tercungap2. Ni lah kot ubat tension sebab study. Menuntut Ilmu=Jihad=Pahala. Maka senyumlah wahai kawan2 yang tengah tension. Menuntut ilmu itu jihad. Ikhlaskan lah diri dalam menuntut ilmu. Ubat ini lebih mujarab dari tidur.


p/s: Aku bakal Ibu PENYAYANG! :-)



3 comments:

izan said...

http://www.mediafire.com/download.php?icxpcyni7tu

sabar ye..niat kan la sume perkare yg mu nak buat tu hanya kerana Allah..insyaAllah bleh jadi ibadat n dipermudahkan..
ikhlas kan hati dan bersangka baik lah pada Allah..=)

ade doa untuk menghadapi stress dalam buku ni :

101 doa dprd hadis2 sahih, zahazan mohamed, telaga biru

gudluck untuk sem baru mu
fighting!

Nadhirah Ahmad said...

tq. kne cri la buku tu. tunggu ak g kinokuya or mph lu. time cuti. PSI ad k dop au.

izan said...

kat keda buku banggol ade
tepi stesen taxi blkg cinema ganu..

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...