Tuesday, July 14, 2009

Kisah Seorang Banduan



Seorang bapa yang kecewa kerana anaknya ditahan ISA kerana dituduh terlibat dengan rusuhan, menulis surat kepada anaknya.

Bunyi begini: Ajoi, bapakmu ini sudah tua, sekarang sedang musim tanam jagung, dan kamu ditahan di penjara pula, siapa yang nak tolong bapak mencangkul kebun jagung ini?

Anaknya membalas surat itu beberapa minggu kemudian. Bapak, jangan cangkul itu kebun, saya tanam senjata di sana, kata si anak dalam surat itu.

Rupanya surat itu disensor oleh pihak penjara. Maka keesokan harinya selepas bapanya menerima surat anaknya, datang satu platon tentera .Tanpa banyak bicara mereka segera ke kebun jagung dan sibuk seharian mencangkul tanah di kebun tersebut.

Setelah mereka pergi, kembali si bapak tulis surat ke anaknya. Ajoi. Setelah bapak terima suratmu, datang satu platon tentera mencari senjata di kebun jagung kita, namun tanpa hasil. Apa yang harus bapak lakukan sekarang?

Si anak kembali membalas surat tersebut, Sekarang bapak sudah boleh menanam jagung tanahkan sudah dicangkul oleh tentera, dan jangan lupa mengucapkan terima kasih sama mereka. Pihak penjara yang menyensor surat ini terus pengsan.


3 comments:

izan said...

hehehehehe...
comel betol ajoi tu..

anwar azhari said...

hahaha...

great daily joke

Nadhirah Ahmad said...

comel?? hahhaha. klako adjective yg mu gune.

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...