Thursday, June 4, 2009

Jurusan Ni Tak Ada Kerja?

Sekarang ni, yang saya lihat pelajar yang mendapat keputusan cemerlang, masyrakat pasti menjangkakan mereka akan mengambil jurusan seperti perubatan atau kejuruteraan. Itu fenomena biasa, yang mempengaruhi keputusan pelajar dalam memilih jurusan untuk menyambung pengajian. Tak kurang pula ada yang merasa rendah diri bila tak berpeluang melanjutkan jurusan professional tadi. Saya tak akan memberi apa-apa komen mengenai jurusan perubatan kerana negara memang kekurangan doktor. Disebabkan bertambahnya pesakit dan penyakit di Malaysia. Punca utama: pemakanan. Post lain lah kalau saya nak komen pasal tahap kesihatan Malaysia yang teruk.

Yang tak dapat jurusan professional (biasanya perubatan, kejuruteraan), terus beralih ke jurusan pendidikan. Kerana? Jawapan yang biasa didengar, kerja terjamin. Tapi, sejauh mana kebenarannya. Jurusan akaun, pengurusan, bahasa, komunikasi, agama tidak menjamin kerja kah?

Saya kira masyarakat masih kurang pengetahuan. Kerana, bagi saya, tidak ada jurusan yang baik, atau yang tak bagus. Semuanya terletak pada pelajar itu sendiri. Ini berdasarkan pandangan beberapa orang professional (jurutera, pensyarah dll). Mengapa mereka berpendapat begitu?

Setiap jurusan pasti ada tenaga pengajar. Ini adalah salah satu punca pekerjaan. Saya ingin membidas fakta bahawa ramai graduan perakaunan dan kejuruteraan memohon untuk KPLI dan diploma pendidikan kerana telah lama menganggur (sejauh mana ramai yang dimaksudkan, wallahualam). Ini bukan salah jurusan, tetapi pelajar itu sendiri! Pelajar berkualiti memang diperlukan oleh universiti. Sekarang ini, terdapat skim di mana fakulti di universiti. akan mengambil beberapa graduan untuk dijadikan pensyarah. Mereka akan dihantar untuk melanjutkan pelajaran masing-masing. Setiap universiti mempunyai target mereka sendiri untuk memiliki pensyarah yang berkelulusan PhD.

Bagi yang dapat first class, second class upper insyaAllah tiada 
masalah untuk mencari pekerjaan. Tetapi perlu ingat, pelajar harus terlibat dengan aktiviti bukan akademik juga, dan mempunyai personaliti yang baik. Saya masih ingat ketika di UK, bila ada abang ni, tajaan Petronas tak diambil kerja oleh Petronas. Mengapa? Walhal abang tu dapat first class. Yang second class upper satu batch dengan dia, dapat kerja. Tanya punya tanya, rupanya abang ni kawan dengan buku je. Tak pandai bersosial. Saya bertanya kepada salah seorang pensyarah yang biasa jadi interviewer. Dia berkata memang aspek komunikasi diambil kira bila temuduga pekerjaan. Ini kerana, employer pasti mahukan pekerja yang terbaik yang boleh melakukan kerja, dan bila bekerja, pasti kita berkomunikasi dengan orang lain. Penampilan juga salah satu aspek yang dilihat. Bukan saya menggalakkan anda menjadi hipokrit ketika interview. Tapi, first impression counts! And it takes some time to change someone's first impression.

Oleh itu, tak perlu lah nak rendah diri. Kalau semua orang yang result 'gempak' ambil jurusan lebih kurang  sama je, negara akan dahagakan para intelek dalam bidang tertentu. Jurusan mana sekalipun, rezeki masing-masing dan kita mencipta peluang itu sendiri. Dengan izin Allah. Itu yang pasti! Orang kata, ambil jurusan pendidikan, terjamin kerjanya. Ye ke? Tak juga. Kerana jika result rendah, sukar untuk mendapat posting. Di samping banyaknya pesaing dari universiti-universiti lain. 

Mengapa takut jadi first-batch? Ada yang memandang enteng dan mengelak dari menjadi first batch. But, im telling you here, there're a lot of advantages. Ada kelebihan dan kekurangan. Jadi 
third batch fourth batch terdapat kekurangan juga. Saya kira masih ada yang berfikiran sempit kerana bagi mereka menjadi first batch patut dielak. Di sini, saya berkongsi beberapa kelebihan first batch. Study rasa tersusun dan lebih teratur (ada guide)! Sebab kita first batch. Bahan rujukan mungkin kurang, jadi pensyarah pasti banyak membantu kita. Mereka juga memberi tumpuan yang lebih sebab mereka menganggap first batch is the first baby. Dari segi aspek pekerjaan pula, pihak fakulti memberi kelebihan kepada first baby mereka. Peluang pekerjaan itu lebih tinggi, tapi dengan syarat seperti yang saya telah nyatakan di atas tadi. Kualiti!

Saya bagi satu contoh seorang kakak di UMT. Berkelulusan perikanan. Dia cakap dulu orang selalu cakap jurusan tu nak kerja apa la. Macam tak ada masa depan je. Tapi kejayaan kakak tu, membuka minda saya. Dia mendapat first class, personaliti yang baik, dan sekarang sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat master di New Zealand. Tapi kalau research nya cemerlang, ia akan ditukarkan kepada PhD. Bila pulang nanti, kakak ni akan jadi tenaga pengajar di IPTA.

Fikirkan. Jika semua pelajar genius ambil jurusan sains? Bagaimana dengan jurusan teknologi? Perikanan? Sastera? Seni? Tak lahir lah another Bill Gates kot.. Itu semua jenis ilmu. Tuhan tak ada tetapkan ilmu ni rendah ilmu itu tinggi. Cuma perspesi manusia sahaja yang pandai2 cipta level ilmu? Kadang-kadang, saya rasa pelik, kita sering takut dengan perspesi manusia. Takut macam monyet ni. Dan ketakutan itu ada kala mengehadkan pemikiran dan tindakan kita. 

Tapi atas keadaan la, jangan la saya kata jangan fikir perspesi orang, anda pergi buat maksiat pula, sebab dah tak fikir kata orang. 

Trying a different course, is a way to challenge yourself. Bila kita buat benda yang lain dari orang lain buat, benda tu boleh memberi kejayaan. Sebab dalam dunia ni, ramai yang berjaya, asalnya dianggap gila. Contoh, pemilik Air Asia. Beliau pernah dianggap gila, tapi tengok apa yang telah dicapainya sekarang? Thomas Edison pernah dianggap bodoh oleh gurunya di sekolah. Hanya kerana sifat ingin tahunya. Tapi, dengan sikap tersebut lah, beliau berjaya mencipta berbagai alat. 

Saya harap post ini dapat membuka pandangan 
- pelajar sekolah menengah (supaya lebih terbuka dalam memilih jurusan)
- mahasiswa (supaya tak risau pasal kerja atau down sebab tak dapat jurusan dipilih atau rendah diri dengan jurusan yang sedang belajar)

Whatever course u take, it all depend on you. Good luck!

Menuntut ilmu jihad. 


p/s: try la jadi usahawan. 9/10 rezeki dr berniaga! 

AMARAN: Post ini hanyalah untuk memberi informasi, bukan untuk mengecilkan sesiapa

5 comments:

Benyusof al-Falohi said...

usah takut tiada kerja bila grad..
andai mahasiswa berkualiti, insyaAllah bukan mahasiswa yang cari kerja, tapi kerja yang cari mahasiswa..

lagi satu,memang tidak rugi kalu terlibat dalam perniagaan.

Nadhirah Ahmad said...

tq 4 ure comment. benyusof ad wt bisnes ke? bisnes pa?

kwn nad said...

btol2..ak stju dgn pendapat nad.kdg2 rimas,bkpe medic ni jd dipndg terlampau hebat,asal result power je mesti amik medic..(except ak,result truk) tp bkn medic je,engineerg pn gtu..

Anonymous said...

medix ka, engineer ka..klu x ikut ALLAH watapa...wat taik ayamla..medic mmg bagus..gaji mahal..tapi klu gaji je mahal..tapi jadi rosak wat pe..kn negara ita digegarkan doktor jual ubat batuk yg sepatutnya diberi kepada pesakit hakiki ni pesakit maya pom dapat..sb apa?nak untung...klu nego besar mana pom xjadi jugok klu duk huluq kat bawah tuh...hahaha...so cari rezeki utuk diredai oleh ALLAH bukan dijahanamkan oleh ALLAH...mahasiswa melayu sebenarnya boleh tp semua nak act lebih...balajr kt oversea kije kt sana sebab gaji lebih..dh tuh bila malaysia nak maju...mahasiswa lebih suka belajar kt overc sb kije kt sana gaji besar..macam sepupu aku..mahasiswa kita satu ag nak lebih dr apa yang die nak..macam cnth dpt spm 3a nak jadi dokotr..susah r gtu...pahtuh ila dh grade nk cari kijer yg bergaji tetap...hu2..xmaju la..skrg ni xdenye kije cr mahasiswa...kita kene cari kijer sendiri..xe maknenyer klu duk tertunngguk di pinggiran tinkap menyelinap masa hadapamn...semua jurusan ada kijer..cuma pandai2 cari contoh bidang statistik..bukan le kije kt media or internet company kije kt askar buleh gok..bidang sains pemakanan k, bukak bisnes consultan..jadi consultan people untuk lead macam mana nak bentuk makanan yg sihat dalam bentuk ayam kfc..contoh jela..sebenarnya kene pk jauh skit..jgn pk dekat ye!

Nadhirah Ahmad said...

sape e. sarah k.

tp ak suke mu mik mdik. etg ak skit, dapyoh ssh tny situ sni mane dktor puan.

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...