Wednesday, June 10, 2009

Aktiviti Waktu Cuti?




Saya baru sudah baca blog sarah mengenai cuti panjang, dan tertarik untuk menyatakan pendapat saya. Kalau dikutkan, memang banyak benda boleh buat dalam masa cuti semester 2 bulan ni. Tapi setakat ni, apa yang dah saya dan anda buat?

Saya biasa pasang azam, cuti, nak hafal Quran lah apa lah. Macam2 azam manis.. Tapi, buatnya? Teruknya lah saya. Kalau nak di ikutkan cuti 2 bulan tu, boleh hafal satu juzuk. Kenapa tak boleh buat satu juzuk? Saya rasa mungkin saya tak serius dan tak fokus dengan kehendak saya. Kehendak + FOKUS!

Dalam buku Having it All, John Assaraf, "Manusia perlukan target". Dan sebaiknya, setiap kali sebelum tidur, kita gambarkan target kita kerana waktu kita tidur, terdapat bahagian otak yang memproses target kita tadi.

Saya teringat sewaktu saya di UK, cikgu saya ada memberi sebuah buku, dan di dalamnya, ada calendar, di mana terdapat ruangan untuk checklist. Pelajar disuruh menulis apa yang perlu dibuat dan bila telah dilaksanakan, boleh lah 'tick' pada list tu. Oleh itu, kami ada target setiap hari, minggu dan bulan. Terasa banyak benda boleh dilakukan bila kita menyusun waktu kita. Namun, sekarang, rasa malas nak buat itu semua (konon dah besar). Dan, nilah akibatnya. Masa terbuang begitu sahaja. Nak diikutkan, semua orang ada 24 jam. Dan waktu jika disusun dengan baik, memang rasa masa tu penuh dengan aktiviti. Sepatutnya, kita Muslim lagi lah kena jaga masa. Siap ada surah khas mengenai masa; Surah Al Asr.

Cuti ni saya buat apa? Kemas rumah, tolong mak bisnes, buang masa ad jugak dan aktiviti-aktiviti lain. Rasa dah banyak yang dilakukan, tapi kalau diatur, lagi banyak benda yang boleh dibuat. Alhamdulillah, disebabkan saya tinggal di rumah, saya tak tertarik untuk menonton TV berjam. Demam gila facebook pun dah kurang. Bila mum tak ada 2 hari ni, rasa masa penuh terisi dengan aktiviti. Seronok pun ada bila lihat banyak benda yang diselesaikan. Lipat kain, jemur baju, kemas rumah, menyapu adalah antara aktiviti. Aihh.. Cam bersedia je dah nak jadi mummy. Hahaha.

Agak pelik, bila tak ada aktiviti, rasenye bosan, dan diisi dengan TV. Saya rasa TV menyebabkan kita berasa "eh, cepatnya masa berlalu". Habis satu cerita satu cerita. Satu cerita paling kurang 30minit. Tak ada wat papa, tapi masa jalan je. Sebab tu saya rasa, masa lapang tu menyebabkan kita lebih buang masa.

Cuti ni perkara2 yang boleh buat?
Hafal Quran. Buku akademik, tak perlu sentuh. Mengapa tak boleh luangkan untuk menghafal?
Buku agama, buku santai2. Masa cuti jugak boleh lah baca buku buku untuk tambah ilmu, baiki bahasa dan sebagainya.
Tolong makayah. Bila lagi nak tolong kan. Masa cuti ni lah manfaatkan.
Kerja. Dapat jugak income
Ziarah keluarga especially grandparents



Ni antara aktiviti2 yang boleh dibuat. Mungkin masing2 ada aktiviti tersendiri.

Mum selalu cakap, kena ada target. Sebab target tu menyebabkan kita berusaha. Dan kalau tak dapat seperti yang kita target, kita still dapat something. Itu lebih b
aik dari tak dapat terus pape.

Ada yang bertanya, macammana nak atasi rasa malas membaca?

Cuba terapkan minat. Beli buku yang menarik minat anda. Buku yang tulisan tak kecil sangat. Cover yang menaarik. Penulis yang baik atau yang anda minati. Input yang baik. seperti buku bestseller. Tanya pada diri, apa yang akan aku dapat kalau baca buku? Mesti banyak ilmu kan kita dapat. Daripada duk rumah tak dapat ilmu pape, baik baca buku. Rase jugak dapat something untuk cuti ni. Buku bestseller adalah faktor yang banyak mempengaruhi saya membaca. Sebab saya kira buku ni bestseller, ramai yang membacanya, mesti ia bagus. Oleh itu, rugi jika saya tak tergolong dalam orang yang membaca buku tersebut!

Kalau nak baiki english atau menarik minat untuk menyukai English, baca buku disney. Grammar bagus. Ayat pendek. Gambar menarik

Satu lagi, cuti ni pun, boleh cuba solat dhuha, solat di awal waktu.. Nak ikutkan, masa kita tak se 'pack' seperti waktu kuliah kan? Diri muhasabah diri sendiri. Kenapa la dugaan tidur selalu ada. Syaitan la ni.. Huhu. Salahkan syaitan pulak. Dah memang kerja die menyesatkan dan merosakkan anak2 adam. Oleh itu, kita lah yang kena kuat!

Di sini, saya mengingat anda semua, termasuk saya yang suka lagho, Hargai waktu lapang sebelum sempit. Penuhi masa lapang itu dengan aktiviti berfaedah.



p/s: Cuti ni ku belajar menulis dan mewarna menggunakan tangan kiri..

"Ya Allah, golongkan lah kami dalam golongan yang beriman,. Tunjukkan kami jalan yang lurus, jalan yang diredhaiMu. Limpahkan lah hidayah dan berkatilah hidup kami"




2 comments:

sarah said...

stuju2..
eh gambo nape yg mu letak bwh skali entry ni? xjelas nape

Nadhirah Ahmad said...

org odw nk sujud

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...