Saturday, May 16, 2009

Diintai Kematian

Siapa yang mati sekali, hidup dua kali? Jawapannya, manusia lah! Tapi ingatkah kita tentang kematian. Di akhbar, kita dapat lihat kematian boleh berlaku bila2 masa sahaja; muda, tua, bayi, remaja, dewasa. Namun, adakah kita bersedia dijemput?

Rasullah pernah bersabda," banyakkanlah mengingati mati, nescaya ia akan meremehkan pelbagai kelazatan". (An-Nasa'i, Ibn Majah dar
i Abu Hurairah)

Saya sendiri akui kadang2 kita leka, asyik dengan nikmat dunia, sampai terlupa sejenak kematian boleh berlaku bila-bila. Andai semua mengingati kematian, tiada yang terlibat dengan jenayah, pasti aman dunia ni.

Ada suatu dialog antara Nabi Yaaqub a.s dengan malaikat Maut ketika Izrael menemuinya untuk mencabut rohnya. Nabi Yaaqob meminta dikirimkan utusan terlebih dahulu. Dan malaikat Maut menjawab, "Demi Allah, telah banyak utusan saya memberikan peringatan wahai Nabi Allah". 




Tahukah anda apa utusannya?
1) Penyakit
2) Rambut beruban
3) Kurangnya Pendengaran
4) Kurangnya Penglihatan

Utusan yang mana sudah kita dapat? Sendiri jawab, sendiri muhasabah

Rasullah sendiri pernah berpesan.
1) Ziarah kubur, dapat ingat akhirat
2) Mandikan, uruskan  jenazah, peringatan yang mendalam
3) Sembahyang jenazah, dapat menyedihkan hati. (masih ingat ketika di Makkah, setiap waktu ada solatkan jenazah, terasa diri kita ni hampirnya dengan kematian. Persoalannya, sediakah kita?)



Dan orang yang bersedih di bawah naungan Allah, bermakna dia bersedia dengan segala kebajikan (Dari Abu Dzar)

Sekali lagi, saya tanya. Adakah kita mengingati mati? Jom kita tengok checklist.

Orang yang banyak mengingati mati,
1) Segera bertaubat, kerana yakin mati boleh datang tiba2 tak kira tempat, masa
2) Hati tenang, sentiaasa waspada dari dihinggap oleh perkara2 mazmumah. Sentiasa ingatkan Allah
3)Rajin dan taat beribadah kerana baginya dunia tempat beramal, akirat tempat perhitungan

Lulus ke tak checklist tadi? Kita lihat checklist kedua. Adakah kita tergolong dalam orang yang melupakan mati?

1) Mengangguh taubat, sering angan2 kerana menyangka kematian masih lambat, umur masih panjang
2) Tidak rela hidup sederhana, akhirnya memburu kenangan dan kemewahan dunia hingga lalai dari mengingati Allah. Rasakan dunia segala-galanya
3) Malas ibadah kerana tidak merasakan kemanisan beribadah

Golongan manakah kita. Tak payah cakap kat saya. Jawab lam hati je. 

Setiap yang bernyawa, akan alami kematian.
Maka apabila datang kematian tidaklah dapat diundurkan dan tidak pula dimajukan.
Sesungguhnya diunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakn







2 comments:

Muhammad Anas bin Kamarudin said...

this post got me thinking.. hope it got many others to too

Nadhirah Ahmad said...

made me think too.

tq 4 reading

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...