Tuesday, May 5, 2009

15 Kematian Ku Hadapi dengan Redha



Minggu lepas aku telah menerima ujian tatkala final belum habis. 15 kematian dalam masa kurang 24 jam. Tabah diriku kah nak hadapi semua ini tanpa menitiskan air mata. Semuanya salah ku. Mana ku tahu, ini akibatnya ekoran perbuatan ku itu.


Sesungguhnya kematian itu, tak kira masa, dan waktu. Bila tiba masanya, sesaat tidak diawalkan atau dipercepatkan.

Seperti yang dilakukan setiap hari, rutin ku memberinya makan, 2 kali sehari. Akan tetapi, pada suatu malam, ku terlebih memberi makanan kepada mereka. Ku tidak menyangka, ia boleh memudaratkan mereka. "nanti berhenti lah makan, bila dah kenyang tu", ku bermonolog.

Keesokkan harinya, 4 kematian, diekori dengan beberapa lagi. Sehinggalah semuanya 15. Yang tinggal tak sampai sepuluh. Masih ada yang lemah. Ku menitis beberapa titik propolis, untuk memberikannya antibodi. Alhamdulillah, semuanya beransur pulih.

Sebagai ikhtiar, ku mengubah suai, botol vitamin. menebuk lubang, sallotape, dan akhirnya tercipta la, botol makanan ikan! lubang nya yang kecil, mengehadkan makanan yang diberi pada ikan2 ku. Agar tiada lagi kes mati kekenyangan berlaku. Ada jugak ye yang mati kekenyangan.

Kata uncle, ikan kap, memang kuat makan. Tapi kalau terlebih makan, boleh membawa maut. Ku fikir banyak makan, cepat besar. Umi memberi analogy, kalau nak baby cepaat besar, sumbat susu walaupun baby kenyang. Mana boleh kan? Ku tersenyum bila fikirkan ada betulnya analogy yang diberi.

Sebab tu, rasullah bersabda berhenti makan sebelum kenyang. Sebab nanti memudartkan diri. Kemudaratannya telah terbukti dengan kes kematian 15 ekor peliharaanku.

Kematian itu sakit. Maka bersedialah, beramallah seperti esok kita dah tiada..

7 comments:

sarah said...

suspen ak je nad..igt sape la yg meninggal sapa 15 org xsapa 24jam tu..mmg la x mustahil,tp..begitu lah..

Nadhirah Ahmad said...

heheh. mu xmo bli ikan k sbgai ganti hop 15 tu. geng kite sorrang wi sekor. op2. he3

wawa said...

kejuk aku!isk mu ni

wawa said...

kejuk aku!isk mu ni

Nadhirah Ahmad said...

meh ak wi barbiturat k mu. mu ingt dop. cg zul prnh sbut barbiturat kt tusen

sarah said...

bpe hrga sekor?tnye je nih,heheh

Nadhirah Ahmad said...

ad mcm2. 1.5orm sekor ad. rm3 sekor ad. rm0.90 skeor ad

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...