Thursday, March 12, 2009

Kesan ‘April Fool’ Terhadap Akidah Islam

Masyarakat hari ini sebenarnya tidak menyedari ‘April Fool’ ini boleh merosakkan akidah. Budaya ini sebenarnya meniru gaya hidup kebaratan yang bertopengkan humor, gurauan, dan komedi. Bagi mereka, 1 April merupakan hari kejutan dengan berbagai perkara pelik, humor dan memalukan.

Namun apa yang dilihat hari ini ia banyak membawa unsur memalukan orang lain. Ia bukan sahaja memperbodohkan si pelaku tetapi juga yang menerima akibat bersesuaian dengan nama Fool itu sendiri yang bermaksud bodoh atau tolol. Jelas ia cuba menjatuh air muka dan martabat seseorang. Bagi yang bersikap selamba mungkin boleh menerima gurauan tersebut, tetapi bagi tidak dapat menerima pasti akan menyimpan persaan negatif dalam diri hingga akhirnya menjadi seorang yang pendendam hingga sanggup menjadi pembunuh. Ini merupakan sesuatu yang tidak diterima oleh landasan syarak.

Kita tidak wajar berkiblatkan budaya barat apatah lagi mengagungkannya kerana Islam agama yang tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi darinya. Islam mempunyai adab dalam bergurau senda tanpa menganiyai orang lain. Selain menghormati orang lain, kita juga diwajibkan menutup keaiban orang lain.

Bagi yang kurang memahami sejarah, mereka tidak merasakan apa-apa tentang budaya ‘April Fool’ tanpa menyedari bahawa ia merupakan satu penghinaan halus ke atas umat Islam.

Sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, ”
Kamu pasti akan mengikuti jejak-jejak orang-orang sebelum kamu, sejengka demi sejengkal, sehasta demi sehasta hingga mereka masuk ke dalam lubang biawak sekalupin , pasti kamu tetap mengikuti mereka”. Kami bertanya” Wahai Rasulullah SAW, Yahudi dan Nasrani?Baginda menjawab”Lalu siapa lagi(kalau bukan mereka). [Bukhari dan Muslim]

Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w telah bersabda, maksudnya: Setiap perkara yang menyebabkan kelalaian kepada seseorang Muslim dianggap perkara batil kecuali latihan memanah, mengasuh atau menjinakkan seekor kuda dan bersenda gurau dengan isteri dan ahli keluarga. Perkara itu adalah dibenarkan dan diharuskan di sisi syarak.” [H.R. Ibnu Majah].


Melalui sabdanya ini, Rasulullah s.a.w menjelaskan bahawa apa jua perbuatan atau amalan yang sia-sia atau tidak memberi sebarang manfaat adalah perkara batil dan dilarang Islam. Bagaimanapun, kita diharuskan menceburi kegiatan bercorak sukan

dan riadah seperti memanah dan menunggang kuda. Ini kerana bersukan dan beriadah dapat membina kekuatan fizikal, ketahanan mental dan menguji kesabaran.


Sebagai muslim, kita perlu memelihara diri dari segala perkataan atau perbuatan sia-sia yang tidak memberikan manfaat dalam kehidupan dan yang menyebabkan kita lalai serta lupa melaksanakan perintah Allah. Sifat ini melambangkan kesempurnaan Islam Muslim sebagaimana yang digambarkan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang bermaksud, Sesungguhnya, antara kesempurnaan Islam seseorang manusia itu ialah dia meninggalkan perkara-perkara yang tidak berfaedah baginya.” [H.R. Tirmizi].


p/s:(nilah sebahagian dr assgmnt sy utk subjek Akidah Akhlak)

0 comments:

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...