Friday, January 2, 2009

Hukum dan Pengalaman Pakai Braces




Soalan : Apa hukum pakai pendakap gigi? Adakah ia sama seperti mengubah kejadian ALLAH seperti tatoo?

Jawapan:

Nabi saw bersabda :

لَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ

“Allah melaknat wanita yang membuat tattoo dan wanita yang telah memakainya, wanita yang mencabut bulu diwajahnya dan wanita yang telah melakukannya, dan wanita yang meluaskan jarak diantara gigi mereka atau orang lain bagi tujuan kecantikan, menukar apa yang Allah telah ciptakan” - (Shahih Muslim #3966).

Imam Al-Nawawi rh didalam memberi komentar terhadap hadith diatas menjelaskan :-

( المتفلجات للحسن ) فمعناه يفعلن ذلك طلبا للحسن , وفيه إشارة إلى أن الحرام هو المفعول لطلب الحسن , أما لو احتاجت إليه لعلاج أو عيب في السن ونحوه فلا بأس والله أعلم .)

“Meluaskan jarak gigi - maknanya sesuatu yang dilakukan keatas gigi bagi menjadi seseorang itu kelihatan cantik, dan ini menunjukkan bahawa ia adalah HARAM, iaitu apabila dilakukan bagi tujuan kecantikan, akan tetapi bagi merawat masalah yang berlaku kepada gigi, maka tidak ada salah melakukan, Dan ALLAH yang lebih tahu sebaiknya.”

Braces atau pendakap gigi ini adalah bertujuan membetulan kedudukan gigi atau merawat gigi, dan ia bukan dari larangan yang dinyatakan didalam hadith diatas yang dikategorikan sebagai mengubah ciptaan Allah.

Menurut Dr Rafa’at Fawzi Abdul Muttalib, Prof Universiti Dar al-Ulum, braces yang membetulkan kerosakan gigi adalah dibenarkan.

Syeikh Faizal al-Moulawi, Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah berkata :

تقويم الأسنان لأسباب صحية جائز شرعاً، بل قد يكون مطلوباً أيضاً

“Braces atau pendakap gigi bagi tujuan KESIHATAN adalah dibenarkan menurut syara’, bahkan ia juga diperlukan”

Menurut sekumpulan Mufti Islam Online : “As long as the bracing is done to fix a problem, then it is allowed and there is nothing wrong with it.”, iaitu selama mana pendakap itu membaiki sesuatu, maka ia dibenarkan.

Merujuk statement di atas mengatakan harus memakai pendakap gigi kalau nak betulkan kedudukan gigi tapi di malaysia hukumnya haram selagi kdudukan gigi yg tak betul tu tak beri atau mendatangkan mudharat seperti sakit, susah nak makan. Maka katanya boleh pakai pendkap gigi untuk betulkan kedudukan gigi jika ada masalah seperti susah nak makan, sakit (mudharat) tapi kebanyakkan zaman sekarang ramai yg pakai pendakap gigi walaupun tak datangkan mudharat. Tak niat kecantikkan tapi trend. Ada juga niat untuk cantik dan ada juga mengatakan doktor perlukan gigi yg cantik untuk merawat pesakit supaya pesakit yakin dengan kita and 1st impression org tengok kita dari senyuman. Jadi apa sebenarnya hukum pakai pendakap gigi?

Kena faham apa sebenarnya hukum untuk memakai braces ini, iaitu apabila

1.Memudaratkan oral cavity.
2.Menyukarkan Pengunyahan.
3. Berlakunya Lesion pada mana2 bahagian oral cavity dsb.

Di Malaysia, Persatuan Pergigian bersepakat dengan majlis mufti untuk membenarkan membuat pendakap gigi sekiranya tidak melibat isu trend atau kecantikan. Maka seeloknya kita sebagai umat yang mengikuti sunnah nabi dan hukum syariat sepatutnya mematuhi garis panduan yg sudah ditetapkan.



Ha! Saya pun ada pengalaman buat treatment pakai braces ni. Kisahnya bermula masa di Glasgow, Scotland umur 11 tahun. Seperti biasa, pemeriksaan gigi setiap 6 bulan sebab dentist hantar surat ke rumah. Doktor gigi sangat pentingkan kesihatan gigi saya :-) Dentist saya iaitu Dr. B beritahu Dady dan mencadangkan yang saya perlu pakai braces.


I was frowning inside when I heard that. Dr B said, "you have too many teeth". Tapi bila saya kira2 sama je. Sampai skrg masih 28 . Mungkin agak crowded sedikit, sebab ada gigi yang di bawah, hanya dapat keluar separuh sahaja. Tak cukup ruang agaknya. Dr B pun buat appointment utk saya  di klinik orthodontic, untuk braces.
Disebabkan umur saya yg 11 thun, jadi treatment saya tak payah nak cabut gigi macam kawan sy, Nadia (dia buat masa form 4). Dan di Glasgow treatmentnya adalah percuma. Tak payah bayar.


1st time jumpa ortho (pakar bhgn braces), dia xray lg. Duduk dlm kerusi yang sangat squashed sbb kerusi itu sangat kecil.


2nd appointment letak 'getah' pada gigi belakang untuk buat ruang pada gigi belakang supaya boleh letak ring di gigi blakang utk pasang braces. 


3rd treatment pasang ring.


4th treatment bru pkai braces. Lama masa diambil untuk pakai ni. Tapi nasib baik doktor gigi ini sangat penyanyang. Perempuan and baik. Dia buat dgn caring, and tak berleter atau marah2 kalau saya buat braces rosak. Sebab apa rosak? Sebab gigit tulang ayam atau makanan keras. Pakai ni, tak boleh makan keras2. Lepas treatment pakai braces tu, dia cakap kat Dady yang sy mungkin rasa tak selesa bila balik nanti, sbb effect kuat sedikit untuk kanak2. Masa balik, saya tidur sahaja, and air liur asyik keluar sebab rasa macam geli nk telan air liur kerana benda pelik dalam mulut iaitu: braces. Banyak tisu yang habis saya guna :-)


Saya pun balik Malaysia sebab 2 bln lg nak amik UPSR. Sambung treatment sini di klinik kerajaan. Dr perempuan juga, tapi ganas kerjanya. Kos kene bayar, rm300. Maksimum sbb dia tak boleh caj lebih, kerana saya hanya sekadar sambung treatment. Lepas tu, ada rosak sedikit braces saya, dan doktor ni berleter je kerja (katanye, saya menyusahkan die sebab dia kena baiki. Padahal, saya sudah membayar kos rawatan saya di situ). Lepas tu ada rakan sekelas saya sewaktu di tingkatan 1, seorang laki yang tak berhati perut memanggil saya 'gigi besi'. Yelah, tahun 2001 jarang orang pakai benda ni.

Disebabkan leteran and cara doktor buat yang ganas (tak lembut langsung), saya pun hilang semangat dan tidak bermotivasi utk pakai braces lagi. Doktor gigi tu cakap nak cabut, dan bagi pakai braces yang ada line je. Bentuknya seperti gigi palsu dan waktu makan kena buka. Leceh. dan saya tak suka benda leceh. Jadi saya tak pakai. maka terbengkalai and saya tak pegi dah jmpa doktor. Fobia dan trauma!

Kerana terbengkalai, gigi saya start jadi tak sama balik. Hurm.. Menyesal pun tak guna dah. Kata orang, alang2 buat, biar sampai okay gigi. Doktor punye fasal la ni (he3). Apa2 pun, biar la. Sebab apa saya pakai? Tak tahu. Kanak2 lagi masa tu. Mungkin sebab gigi tak dapat tumbuh dengan sepenuhnya, jadi saya pakai. Tapi yang besnyer pakai benda ni, benda petak pada gigi tu boleh ditukar warna. Masa di Glasgow, doktor bagi pesakit pilih nak warna apa. Ala, kanak2. Suka sangat benda warna warni ni.

Pesanan kpd kawan2 yang bakal dentist, jd dentist penyayang!! Dan pakai benda ni biar clear niat untuk apa. Thats all. If you find this post is helpful, feel free to share it...

4 comments:

izan said...

haha,.sape kah laki yg wat name gigi besi tuh ah??
aku lupe laaaaa.......
okeh~
mu doakan aku jd doc gg yg baik neh??
[cmne nk jd doc gg yg baik?]
tulis la artikel pasal tu plk..
*wink*
betol ke gg mu dh jd cm xelok balik?
balik kekgi aku nk tgk gg mu neh?
waahahahhaah

Nadhirah Ahmad said...

mustaqim. mu ingt dop ag. wt plek ye je create name tuh.

faRaa_♥ said...

hehe
sy pon ingat lagi tyme pkaii "gigi besi" tuh dulu kat england!
haha
mmg jauhh beza Dr kat sane ngn Dr malaysia..
same reason la with u y i stopped wearing it!
huhhh..

papepon,..
its all in da past,.
skrgg yg pntg kne jage GIGI!
hehe^.^

Nadhirah Ahmad said...

kite kan pkai time lbh krg je kan. awk pkai lu, phtu sy pakai.

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...