Saturday, December 20, 2008

Sejauh Mana Iman Kita?

Di sini sukacita saya menjalankan amanah menegur perbuatan itu berdasarkan 'Fatwa Semasa Mengenai Hukum Merokok' yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti sebuah negeri.

1. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya hukumnya adalah haram kerana daripadanya terdapat kemudaratan.

2. Ulama-ulama semasa seperti Dr Abdul Jalil Shalabi mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan masyarakat.

3. Dr Zakaria Al Bari (anggota Akademi Kajian Islam dan Anggota Lujnah Fatwa Al-Azhar) menyatakan merokok hukumnya haram atau makruh adalah pendapat yang kuat.

4. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan.

5. Syeikh Hasanain Makhluf iaitu bekas Mufti Kerajaan Mesir telah menetapkan merokok adalah haram jika mendatangkan mafsadat kesihatan dan mengurangkan hak keluarga dari segi pengurangan nafkah kepada keluarganya. Makruh jika mafsadat itu tidak ketara atau tidak mengurangkan hak nafkah keluarga.

6. Di Malaysia, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 yang berlangsung pada 23 Mac 1995 telah memutuskan bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram menurut pandangan Islam.

7. Fatwa Negeri Selangor Darul Ehsan yang telah diwartakan pada 7 Disember 1995 di bawah Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 telah menyebutkan bahawa amalan menghisap apa jua jenis rokok adalah haram bagi mana-mana orang Islam.


8. Fatwa Negeri Perlis memutuskan bahawa menanam tembakau atau merokok dan memanfaatkan hasil tembakau adalah haram.


9. Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah berpegang kepada fatwa merokok adalah haram walaupun sehingga kini belum ada penguatkuasaan berhubung perkara itu kerana berdasarkan pendapat pengamal perubatan bahawa perbuatan merokok boleh mendatangkan mudarat.


10. Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka juga telah bersetuju menerima pakai keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram.

Sehubungan itu saya berharap, penghisap rokok menghentikan tabiat buruk itu terutama di beranda serta tangga surau dan masjid. Kepada penanam tembakau, marilah kita bersama-sama menukar kepada tanaman lain untuk mendapat keberkatan Ilahi.


Tulisan-tulisan di atas adalah dipetik dari sebuah akhbar di Malaysia yang saya fikir mempunyai input yang baik untuk saya petik dan menyumbatnya ke dalam bl0g saya.


Walaupun saya dapati sudah ramai mengetahui hukum r0k0k. Tetapi industri merokok berlaku di luar sana secara berleluasa, tanpa segan dan silu.

Mengapa bila melihat muslim minum arak di khalayak ramai, kita memandang serong dan mungkin ada yang mengutuk mereka kerana melakukan sesuatu yang haram. Tetapi bila bab merokok, ia seperti sesuatu yang boleh dipandang sebelah mata sahaja. Sehinggakan ada yang selesai sembahyang berjemaah, mereka membuat "halaqah merokok" di beranda surau.


Cuba bayangkan orang bermain judi, atau berzina di beranda surau? Sudah pasti ramai yang menghalau mereka kan? Mungkin perbandingan saya agak melampau, tetapi itulah hakikat. Haram tetap haram.


Mengapa kedai-kedai runcit yang taukenya Melayu, menjual rokok secara berleluasa tanpa rasa malu? Tetapi bila disuruh jual arak, tak mahu pula mereka. Sedangkan fatwa telah menyatakan rokok juga haram. Sama seperti arak. Kedua2nya haram.

Mengapa saya selalu membandingkan rokok dengan arak? Ini kerana semasa proses pengharaman arak (pengharaman arak berlaku secara berperingkat), Allah menjelaskan arak itu mendatangkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Kemudian, dijelaskan semasa hendak solat, mereka tidak boleh minum arak. Dan akhirnya, barulah pengharaman secara terus!

Masyarakat Arab dengan arak bak isi dengan kuku. Tetapi kerana iman, sebaik sahaja dijelaskan hukum arak adalah haram, diludah arak yang sedang diminum, dituang arak yang disimpan, sehingga tanah dibanjiri arak. Teguhnya iman mereka. Bencinya mereka melakukan sesuatu yang haram.


Kita lihat pada rokok pula. Diberi amaran merokok itu berbahaya di luar kotak rokok itu sendiri.. Disertai dengan kempen-kempen yang menyedarkan manusia bahaya merokok. Kita juga tidak merokok ketika solat, malah seharian tidak merokok kerana berpuasa. Namun, bila keluarnya fatwa mengenai haramnya merokok, masyarakat tidak mengambil serius dan buat endah tak endah. Mengapa dipandang ringan sahaja?


Tepuk dada tanya iman.

Wassalam

4 comments:

izan said...

bgus entry mu kali ni..
org skrg mmg xendah tulisan2 yg mengatakna rokok tu haram..
macam air lalu je diorg tgk..
ni ha kat indon ni..aku tgk umur pun xsmpai skolah mengh lg dh isap rokok bdk kat sini..
semalam,aku kluar,pastu nmpk mkcik rugged tu,btuk2(die duk ats moto)..aku ng kwn aku pikir la,sian die,asap bnyk sgt.skali die angkt tgn sedut rokok..
aih~mmg patut batuk..
aku pun dh xtau ape cite ng peparu aku..kat mane2 je ade rokok kat sini!aahh...benci bau die!!
[uh2,cari udare segar]

Nadhirah Ahmad said...

mu meh r rumah ak. duk tpi kolam e. ok ket. pkok bnyk. ak rndu r time sklh. kite nk oksigen, g cium pokok. hu3

izan said...

kalo boleh..
mmg aku g hari2 nadhirah!
mu tlg ah beli kan belon pribadi se ke aku..
boleh la aku balik ari2..
*bijak x idea aku*grin~

Nadhirah Ahmad said...

belon?? buleh j. tp ak bimbang safety mu nek belon. jd xpyh r. mu tggu nek flight ne

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...