Thursday, December 25, 2008

Parenting Skills






Ni adalah video yang saya rasa menarik untuk dikongsi. Betapa menghayatinya sampai teresak2 si kecil ni. Tapi bagi saya cara mengajar cam ni kurang praktikal sebab melalui pengalaman (ceh.. mcm la dah ada anak) kanak-kanak lebih cepat belajar mengaji dengan menggunakan kaedah iqra'. Kaedah iqra' memang berkesan kerana anak lebih cepat mengenal huruf dan memahami cara pembacaannya.

Satu lagi, jadikan ia sebagai satu rutin setiap hari untuk mengaji. Begitu juga dengan belajar. Jangan terlalu lama dan banyak, kerana bimbang anak akan cepat bosan. Berhenti sebelum meteka mahu berhenti. Setiap sessi adalah lebih kurang 15-20 minit, bergantung kepada tahap umur. Selepas belajar berikan anak waktu bermain.


Berikan pujian kepada anak2. Namun jangan takut untuk memberi kritikan. Kerana kritikan juga dapat membantu perkembangan anak. Tetapi biarlah kritikan itu diklasifikasikan sebagai kritikan membina dan berhemah. Contoh, anak sulong saya, Uwais menunjukkan hasil lukisan nya kepada saya. "Lukisan ini cantik, pandai Uwais lukis dan warna. Tapi kalau rumput yang Uwais warnakan ungu ni, ditukarkan kepada warna hijau, lagi cantik. Baru nampak 'real'.

Anak2 memang sukakan ganjaran. Berikan mereka bintang atau sticker 'well done' sebagai contoh untuk peghargaan. Jika kerjanya semua betul, lukiskan 2 bintang selepas 'marking' kerjanya. Untuk tulisan yang kemas, ganjarkan lagi 1 bintang. Pasti anak ini gembira, dan menjadi lebih semangat untuk membaiki kerjanya. Masih segar di ingatan saya ketika saya di darjah satu, sebaik sahaja guru memberi semula buku latihan masing2, pasti saya dan rakan2 asyik membandingkan siapa yang dapat bintang yang paling banyak.

Untuk guru pula, best worker or good worker adalah suatu anugerah atau gelaran yang saya kira merangsang pelajar untuk mencuba lebih baik. Walaupun hadiah kadang kala tak sampai sepuluh ringgit, tetapi bagi pelajar, mendapat gelaran itu sudah cukup bermakna dan menggembirakan mereka.

Bagi parents, treat kan anak2 jika mereka cemerlang dalam peperiksaan dan sebagainya. Raikan kejayaan mereka dengan meluangkan masa bersama bermain di pantai, dan bagi mereka yang mampu, berikan mereka hadiah.


Jangan menghalang anak2 untuk berimaginasi. Imaginasi itu meransang minda anak2 untuk menjadi lebih kreatif. Make him 'think out of the box'. Contoh, cawan itu bukan hanya sekadar untuk diminum, tetapi boleh untuk kegunaan lain. Biarkan dia berfikir. Imaginasi itu kadang kala impossible. Tetapi yang impossible itu boleh jadi possible and nothing can be invented or created if we didnt think something impossible. Contoh pada 1930an, robot macam manusia is impossible. Tapi dengan imaginasi sebegitu, lahirlah Asimo.

Beri kan sebab mengapa kita harus menuntut ilmu. Anak2 lebih mudah memahami sesuatu jika diberikan analogi dan sebab mengapa perkara itu perlu dibuat. Berikan kesedaran kepentingan menuntut ilmu dan tanggungjawab sebagai seorang Muslim supaya mereka ikhlas melakukannya.


Ingat, belajar tak semestinya menggunakan buku. Make learning fun to your children!


Ayat-ayat Al Quran yang boleh diamalkan:

-Bg anak2 yg suka keluar malam : Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x

-Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh : Surah Al Baqarah Ayat 102

-Anak2 pandai belajar : Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79

-Anak2 lembut hati/ elak panas baran : Surah Al Anbiyaa - Ayat 69 dan Surah Al Hasyr - Ayat 22-24

-Anak2 malas sekolah : Surah Toha ayat 1-5

Itu sahaja lah rasanya yang saya dapat kongsi dari pengalaman. InsyaAllah bila dah berumahtangga, mungkin boleh tambah tips2 lagi. hehehe



1 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum..bagus r artikel nih...bagi mrn8 bagus jika kita mendidik anak2 dengan cara yng dicadangkan oleh nadhirah..cuma ibubapa xleh menjanjikan apa2 pada anak if anak itu berjaya sebab kita mesti mengajar anak2 kita ikhlas dalam menuntut ilmu..biar mereka berjaya dulu baru kita bagi apa2..supaya mereka tahu akan keikhlasan menuntut ilmu...

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...