Tuesday, December 30, 2008

End of Episode, Begin a New Chapter

Salam Maal Hijrah.

What happened last year? Hope this year, 1430m will be a better one.

Manusia terbahagi kepada 3 golongan :
- Orang yang esoknya lebih baik dari hari ini (beruntung)
- Orang yang sama sahaja esok dan hari ini
- Orang yang esoknya lebih buruk dari hari ini (celaka)

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara:
- Lapang sebelum sempit
- Sihat sebelum sakit
- Kaya sebelum miskin
- Muda sebelum tua
- Hidup sebelum mati

Lapang sebelum sempit

Contoh yang diber
ikan, bila waktu lapang, mudah kita untuk beribadah, menambahkan amal dengan amalan sunat (berzikir, mengaji etc). Tetapi tatkala diri sibuk, hanya sempat untuk menunaikan yang wajib sahaja. Oleh itu, gunalah masa sebaiknya bila waktu masih lapang kerana belum tentu esok kita lapang seperti hari ini. What happens tomorrow is a mystery.

Sihat sebelum sakit

Bila sihat, syoknye berpoya-poya. Tapi bila dah terlantar di hospital baru ingat kat Maha Pencipta. Tapi, saat itu, nak beribadah pun tak dapat seperti biasa. Oleh itu, tak perlu tunggu nak mula solat esok ke lusa. Mulakan sekarang. Sementara masih sihat.

Bagi yang berkemampuan, tunaikanlah haji sementara masih muda. Wak
tu muda, tenaga pun masih banyak (although miracles can happen in Makkah). Lebih mudah untuk beribadah ketika waktu ini, contoh; ketika tawaf: kalau dah tua, biasa sakit lutut, kadang-kadang ada yang perlu gunakan kerusi roda. Begitu juga masa waktu sai'e. Kalau masih muda, kudratnya lebih, lebih mudah untuk menunaikan ibadah tersebut.

Haji itu rukun ke-5, tetapi saya lihat ramai yang memandang sebelah mata dengan tanggungjawab tersebut. Ada yang mementingkan percutiaan ke Europe dan sebagainya walaupun berkemampuan untuk ke Makkah. Alasan mereka, "belum sampai seru agaknya". Wajar atau tidak, sendiri fikir dan cari jawapan.

Kaya sebelum miskin

Bersedekah dan amal jariahlah kamu sementara masih ada rezeki di tangan mu. Bagi yang tak tunaikan zakat, tunaikan lah ia tahun 1430m ni. Zakat itu hak orang lain dan dengan mengeluarkan zakat, rezeki akan diberkati.


Tatkala kamu sudah meninggal dunia, akan terputuslah segala-galanya kecuali 3perkara; doa anak soleh, ilmu yang diajarkan, dan sedekah yang dikeluarkan.

Bersedekahlah kamu sementara masih ada ruang, kerana esok mungkin kita dah tak da peluang tersebut.

Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya mencapai kesabaran. (Al-Ashr)

Jadikan tahun baru ini, sebagai titik tolak untuk kita berhijrah. Dulu rasullah berhijrah dari Makkah ke Madinah. Tapi, kita? Berhijrah lah dari segi pemikiran, akhlak dan sebagainya. Semoga kita tidak tergolong dalam orang yang rugi.

Ambil iktibar dari pengalaman lalu kerana "those who learn from failures will success but those who dont, will fail on and on".

Banyak peristiwa yang berlaku dalam tahun yang lalu, tragedi tanah runtuh yang meragut beberapa nyawa, kemerosotan ekonomi, kadar jenayah yang meningkat. Malah, kalau saya senaraikan, letih menaip jari saya agaknya.

Dengan pengalaman-pengalaman itulah, kita belajar dan kaji bagaimana untuk membaiki, mengelak sesuatu yang buruk berulang dan mengekalkan apa yang positif.

Walaupun post ni lambat skit (dah start kuliah), saya rasa belum terlewat untuk saya mengucapkan Salam Maal Hijrah dan Selamat Berhijrah untuk menjadi yang lebih baik. Biar jadi hijrah mabrur (ade ke istilah ni?).

Tak lupa pada 10 Muharram, galakan berpuasa pada hari ‘Asyura ini berda
sarkan hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim bahawa Ibn Abbas berkata : “Aku tidak melihat Rasulullah saw mengutamakan hari puasa yang dilebihkan atas hari lain kecuali hari ini, iaitu hari ‘Asyura dan bulan Ramadan”.

Berpuasa pada hari tersebut juga akan mendapat keampunan dosa setahun yang lalu sebagaimana hadis riwayat Abu Qatadah berkata bahawa Baginda saw ditanya tentang puasa ‘Asyura. Baginda menjawab :”Ia menghapuskan (dosa) setahun yang lepas”.( Riwayat Imam Muslim)

Tapi disunatkan menambah puasa pada 9hb Muharram untuk mengelakkan kesamaan dengan orang Yahudi yang juga tutur membesarkan hari Asyura'@10 Muharram .


Make ureself a target! Mengapa archer boleh shoot tepat kat 'bulls eye'? Sebab, dia orang ada target. Setiap kali melepaskan arrow atau panah, mereka target untuk kena pada sasaran tersebut. Jadi buat target sendiri, so that u have a better and clearer vision. Another main thing, focus!



p/s:Semoga dengan menaip post ini, saya lebih sedar. Get up from ure comfort zone, nadhirah!


1 comments:

Anonymous said...

[url=http://vtyupdr.com]EZCjiMBCjuzy[/url] , dyBAyjpRZbmQ , http://pyfnknfrtw.com

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...