Friday, November 21, 2008

Sembahyang untuk Masa akan Datang

Terfikir tak. Sembahyang untuk waktu yang dah lepas, wujud kan? Macam kalau perempuan yang baru suci dr haid, dia kene qadha balik satu waktu sebelumnya. Contohnya Minah ni dia dalam haid. Lepas tu haid dia kering, then dia mandi wajib waktu asar. Bila sudah mandi wajib tu, dia kena solat asar dan juga satu waktu sebelumnya, iaitu zuhur. Kerana ada kemungkinan haid kering pd waktu zohor, jadi untuk berjaga-jaga dari tinggal solat, maka diqadha'kan solat zohor tersebut... Wallahualam. Ada kesilapan jangan tersipi2 menegur.

Jadi persoalan di sini boleh tak pula solat utk waktu yang akan datang. Ha. Boleh ke tak boleh? Tak boleh ke boleh?

Jawapannya. Boleh!! Jamak taqdim. Solat untuk waktu akan datang. Belum masuk waktu asar, tapi dah solat asar. Tapi ada la syaratnya kan.

Ok. Sekarang cuba teka kat adik, kakak dan makayah anda pula. Biasanya, jawapan diterima, "mane buleh", "ngarut soalan" dan sebagainya..

Wallahualam. Selamat berteka-teki.

0 comments:

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...