Sunday, November 16, 2008

Antara Berkhatan dan Bersalin

Salam and selamat bercuti diucapkan kepada kanak-kanak yang masih bersekolah dan ibu-ibu mengandung yang berjaya menggelarkan mereka sebagai seorang guru sekolah serta mahasiswa mahasiswi yang sudah merasakan diri mereka berada di alam cuti.


Menjadi kebiasaan, bila cuti persekolahan, kenduri kahwin diadakan, kenduri arwah, kenduri kesyukuran dan beraneka macam lagi jenis kenduri. Maka, dengan banyaknya kenduri, penulis blog ini berharap kita semua dapat menjaga pemakanan. Kerana buruk rupa dari khabar kalu diri dah terlantar di hospital dek sakit kerana keracunan makanan dan segala jenis macam penyakit yang berkaitan dengan makanan.

Bila waktu cuti, kanak-kanak lelaki biasanya ramailah yang melengkapkan diri mereka menjadi hero sejati dengan berkhatan. Disebabkan saya tidak ada adik lelaki, tidak dapat la saya komen banyak-banyak pasal ini. Tetapi saya terfikir, kata sepupu saya, khatan ni sakit. Tapi cuba bayangkan, mana lagi sakit. Lelaki berkhatan atau ibu yang melahirkan anak. Tiada lelaki yang nak berkhatan 2-3 kali, tetapi seorang ibu sanggup melahirkan anak lebih dari sekali walaupun akan mengalami kesakitan yang teramat sangat. Bahkan ada yang meninggal dunia sewaktu bersalin. Sepanjang saya hidup, tak ada lagi dengar khabar yang ada kanak-kanak mati kerana berkhatan. Kalau teruk pun, mengalami infection (stkt yang tau la, sy bukan doktor).


Oleh itu, sedarlah wahai manusia yang bergelar lelaki (pompuan pun sama la). Hargai mama, umi, ibu, emak, mummy, mum kita sewaktu mereka masih ada di dunia ni. Kalau dah rasa berkhatan tu dah sakit gile, cuba bayangkan mak kite lahirkan kite. Lagi sakit, tau! Takpun, kahwin cepat2, tengok isteri bersalin, lagi ada feel betapa sakitnya fenomena bersalin itu.



Itu sahaja. Semoga yang tak sedar menjadi sedar dan yang sudah sedar menjadi lebih sedar.


2 comments:

Classic said...

semoga dgn kisah antara bkhatan n bersalin ni dpt la jg bg sedar sikit kpd anak2 y kurrreeeeennnngg 2 ... huh

Nadhirah Ahmad said...

classic: tq 4 ure cmment

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...