Thursday, September 18, 2008

Tanda-Tanda Ganjil Lailatul Qadar

Dalam Ramadhan pasti ada lailatul Qadar. Malam yang sangatbermakna. Kate orang, ada tanda-tanda untuk kenal pasti malam ni contoh malam tersebut sunyi, hening dan sebagainya. Oleh itu, saya ingin berkongsi satu cerita mengenai keganjilan malam ini. Enjoy reading!

"LEPAS BASUH PINGGAN, IKUT ABAH PERGI MASJID," KATA ABAH SEPARUH MEMERINTAH. AKU MEMANDANG KEPADA EMAK. EMAK ANGGUK SAHAJA. MAKSUDNYA EMAK MAHU AKU IKUT ABAH SOLAT SUBUH KE MASJID. JANGAN MELAWAN. NAMPAKNYA, AKU KENA BATALKAN NIAT UNTUK SAMBUNG TARIK SELIMUT SELEPAS KENYANG BERSAHUR. AKU BONCENG DI BELAKANG. KAMI TIDAK PAKAI HELMET. KOPIAH SAHAJA. GANJIL. DALAM CAHAYA SURAM MENJELANG SUBUH, AKU LIHAT KUBAH MASJID BERADA DI TANAH. BUKAN DI BUMBUNG MASJID. AJAIB. ABAH MACAM TIDAK NAMPAK KEGANJILAN ITU. AKU CUIT BAHU DIA DAN TUNJUKKAN KEARAH KUBAH YANG BERADA DI TANAH. MUNGKIN KUBAH ITU TENGAH SUJUD FIKIR AKU.

"KENAPA?" TANYA ABAH.

"LAILATUQADAR, " KATA AKU DENGAN JARI MASIH MENUNJUK KEPADA KUBAH.

"KEPALA OTAK ENGKAU. BERAPA LAMA ENGKAU TAK KE MASJID?"

TIDAK PASAL-PASAL AKU KENA MARAH. ROSAK PENGALAMAN SUCI AKU INI.

"DIORANG TENGAH RENOVATE MASJID. BUMBUNG MASJID BOCOR.. PASAL TU KUBAH TU DIAORG ANGKAT LETAK KAT TANAH..." SAMBUNG ABAH MEMAKI LAGI.

KALAU EMAK ADA DI SINI TENTU DIA ANGGUK SAHAJA. TERIMA SAHAJALAH. JANGANMELAWAN. KADANG-KADANG ABAH LUPA YANG AKU TIDAK DUDUK KAMPUNG LAGI. AKU CUMA PULANG UNTUK CUTI RAYA.

Sebagai kesimpulan, SELAMAT MENCARI LAILATUL QADAR di 10 MALAM TERAKHIR. JANGAN DICARI BENDAGANJILNYA, CARILAH GANJARAN TUHAN MELALUI IBADAH KITA.

Di petik dari Kusza-Talk



1 comments:

Anonymous said...

http://www.youtube.com/watch?v=SwmbnVRRS8k&feature=related

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...