Monday, September 29, 2008

Hati Menangis dek Ujian Menimpa?

Adakalanya....
Hari yang panas dan ceria
Bertukar mendung seketika
Mentari merangkak pergi
Gumpalan awan bertandang sisi
Hati gundah
Tercari-cari
ke Mana perginya mentari yang dinanti
Begitulah hidup...


Di saat kau selesa dengan kehidupan
tiba-tiba kau diuji dengan kehilangan
kehilangan nikmat harta
kehilangan nikmat ilmu
kehilangan nikmat rakan dan keluarga
dan kau meratapinya....

Bila kau memandang segalanya dari Tuhanmu...
Yang menciptakan segalanya
yang menimpakan ujian
yang menjadikan sakit hatimu
yang membuatkan keinginanmu terhalang
serta menyusahkan hidupmu
pasti akan damailah hatimu kerna...
masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia

Bukan Allah tak tahu derita hidupmu...
retaknya hatimu
sengsaranya sukmamu

Mungkin itulah yang Dia mahukan
kernaDia tahu

Hati yang sebeginilah
selalunya lebih lunak dan mudah untukDEKAT dan AKRAB dengan-Nya

Saat hujan turun membasahi hatimu
kau menangis
kernamerasa beratnya ujian tidak tergalas
~SenYumLaH~

kerna
Allah mendatangkan kepadamu pelangi nan indahselapas hujan sirna kelamnya




'Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya'
(Al-Baqarah:284)

Bila direnung bait2 puisi tersebut, ku terkenangkan ujian2 yang menimpa ku. Ada yang begitu berat sehingga ku hampir putus asa dalam mengharungi pahit getir hidup. Namun segala ujian, ada yang tersingkap di sebaliknya. Ujian datang dalam pelbagai bentuk dan rasa seperti kuih raya (mklumla nk dkt raye katekan). Tetapi ujian yang datang itu dari Allah, dan Dia tidak memberi ujian kepada seseorang yang tidak boleh menghadapinya.

Okey, apa kate kite meberi tugas kpd journalist blog ini, Cik Dhira utk temu ramah seorang adik kite yang kecil molek mengenai isu ini.

Cik Dhira (zahir) : Assalamualaikum, cik. Pe kabar.
Cik Dhira (batin) : waalaikumussalam. Ye. Sy sihat cm cik tgk la. Ad pe cik buat appointmnt nk jmpa ni. I ni bz skrg. Mklumla. Persiapan nk raye. Buat kuih lg. Kek lg.
Cik Dhira (zahir) : stkt buat kek n kuih tu, bz sgt ke!
Cik Dhira (batin) : bz la. ingt pe. kuih buat 7 jenis. Kek buat 5. kek lapis plak tu. mmg r bz!
Cik Dhira (zahir) : Apa2 lah cik. time kasih krn sudi lyn media kami untuk temu ramah cik. Sebenarnya, tujuan kami, untuk tanye komen cik Dhira mngenai isu ujian.
Cik Dhira (batin) : Ujian dalam perspektif hidup sy, adlh sesuatu pljrn yg mmbri kesan thdp hidup seseorg. Dapat mematangkan individu dan memberi makna dan tujuan hidup seseorang.
Cik Dhira (zahir) : owh. begitu. Cik Dhira pernah mengalami pape ujian tak? boleh kongsi dgn kami?
Cik Dhira (batin) : erm. banyak. Ujian yang sy msih ingt shgga hari ini ialah mengenai kehancuran result SPM sy. result SPM sy buleh dianggap tidak cemerlang. Konflik bnyk timbul krn result sy truk.

Cik Dhira (zahir) : Berapa SPM cik? Konflik ape yang timbul?
Cik Dhira (batin) : kurang dr 10A. Kawan2 average 10A ke atas la masa tu. Sy memilih untuk merahsiakan mengenai konflik2 tersebut krn bimbang ia akan menyinggung mana2 pihak.
Cik Dhira (zahir) : owh. Ape yang cik dapat dr ujian tersebut?

Cik Dhira (batin) : Sebelum ini, sy memandang enteng thdp mereka yang tidak beberapa excel dlm akademik dan hanya memandang sebelah mata thdp kelas 3 ke bwh. Ini kerana percapaian akademik sy sebelum ini yang buleh dikatakan baik, dan bila sy mendapat kptsn bgitu dlm SPM, sy berasa sangat terkejut n mereng sebentar dan selepas dari itu, mind set sy telah berubah. Sy dpt merasai bagaimana rasanya mendapat kputusan akademik yang tidak begitu cemerlang. Di sini saya dapat merasai bukan seseorang individu mahukan kptusan yang tidak baik, ada yang telah berusaha sedaya upaya, namun nasib tidak menyebelahi mereka.
Cik Dhira (zahir) : Ya, betul tu. Selain dr persepsi cik yang berubah, apa lagi kesan ujian itu?
Cik Dhira (batin) : Sy berkawan dgn mcm2 orang skrg, dan tidak lagi memandang rendah kepada orang lain. Setiap orang ada keistimewaan masing2. Siapa kita, dan layakkah kita memandang rendah terhadap orang lain? Mungkin seseorang itu dipandang rendah oleh masyarakat, tetapi dekat di sisi Allah. Pendek kata, memang banyak hikmah yang tersingkap, tetapi kita kena sabar krn hikmah itu mungkin tidak datang sekali gus, tetapi sedikit demi sedikit. Cuma, kepahitan ujian itu dan konflik yang timbul disebabakan ujian itu, pahitnya masih lagi terasa sehingga sekarang. Sy perlu mengambil masa untuk mlupakannya.
Cik Dhira (zahir) : Diharap cik bersabar ye.
Cik Dhira (batin) : Ya. Namun sy tetap bersyukur kerana Allah menyedarkan saya, dan walaupun SPM saya tidak cemerlang, saya berjaya mendapat tempat di universiti yang saya pohon dan kursus yang saya minati. Sy begitu bersyukur. Jika bkn krana ujian ini, saya mungkin masih memandang rendah terhadap orang lain, dan saya tidak mungkin melanjutkan pelajaran saya dalam kursus yang saya minati kerana jika saya mendapat keputusan yang cemerlang, sudah pasti saya memohon kursus professional lain yang lazimnya menjadi pilihan ramai walaupun hati tidak begitu meminatinya. Saya mmg benar2 percaya setiap yang tersurat pasti ade yang tersirat.
Cik Dhira (zahir) : Alhamdulillah. Allah masih sayangkan cik krn memberi sesuatu pengajaran yang begitu bermakna dalam hidup cik. Ok. Itu sahaja isi yang sy perlu menulis dlm ruangan yang akan diterbitkan dlm media eletronik beralamat
http://nadhirah1989.blogspot.com/ Ribuan terima kasih sy ucapkan pd cik Dhira (nama asal dirahsiakan).
Cik Dhira (batin) : Sama2. Terima kasih krn mmbri sy peluang untuk berkongsi pnglmn. Sy hrp org lain dpt mengambil iktibar dr apa yang sy alami.


Begitulah diskusi kita dengan Cik Dhira yang berkongsi pengalaman kpd kite.

Kite beralih kepada jenis ujian yang berbeza yang dialami oleh individu yang dikenali sebagai Cik Adhi. Journalist yang bertugas juga dikenali sebagai Cik Adhi.

Cik Ahdi (zahir) : Salam, cik. Kite stret to point je, sy nk tanye mengenai perasaan dan pengalaman cik yang kehilangan rakan-rakan beberapa tahun yang lalu. Buleh?
Cik Adhi (batin) : Buleh. Sile2.
Cik Adhi (zahir) : Ada angin membawa berita yang beritahu cik Adhi pernah kehilangan 7 org rakan. 6 orang dalam satu tragedi dan seorang lagi dlm kemalangan. Bagaimana cik hdapi situasi ini?
Cik Adhi (batin) : Memang benar kabar dr angin itu. Alhamdulillah sy dpt menerima apa yang berlaku krn sy percaya itu yang terbaik bg mereka. Allah lebih menyanyangi mereka dan lebih baik sy merelakan pemergian mereka drpd sy terus bersedih. Kerana jika saya ditempat mereka, sy tidak mahu org lain terlalu bersedih shngga menjejaskan diri masing2. Memang sedih itu perkara biasa, cuma perlu dikawal.
Cik Adhi (zahir) : Ya betul.
Cik Adhi (batin) : kehilangan org yg kite syg itu lbih baik untuk die. Kite tak tahu mase akn dtg org tu akan jd anak derhaka ke ape k. Contoh, ibu yang yang kematian baby. Ibu mane tidak merasa sedih krn khilangan anak. Akan tetapi, kite perlu berfikir secara positif, di mana bayi itu akn menolong ibunya untuk ke msuk syurga nanti, dan mungkin kematian bayi itu lebih baik utk baby itu. Kerna mungkin bila bayi itu besar, dia terjebak dlm gejala yang tidak sihat, menyusahkan ibu bapa dan sebagainya. Oleh itu, relakan pemergian mereka.
Cik Adhi (zahir) : kata cik Adhi mmg benar sekali. Ingat, ujian itu, ada hikmahnya.

Ada individu yang tidak dapat menerima ujian kehilangan orang tersayang. Saya katakan, mereka memntingkan diri mereka! kerana mereka hanya fikirkan diri mereka yang kehilangan yang tersayang dan tidak memikirkan kesan tindakan mereka yang murung dan sebagainya terhadap orang sekeliling. Mereka tidak berfikir tingkahlaku mereka membuatkan orang lain rungsing fikirkan cara untuk menggembirakan dan mengembalikan keceriaan dalam hidup mereka. Mereka tidak memikirkan perasaan si mati yang sememangnya tidak mahu melihat orang lain berada dalam keadaan emosi, tertekan dan sebagaianya kerana khilangan tersayang.
Jadi fikirlah kesan dr tindakan kita. Jangan hanya mementingkan diri sahaja.

Apabila ujian datang, maka hati mudah untuk mendekati Pencipta. Terfikir kah anda betapa senangnya untuk kusyuk dlmsolat bila ditimpa ujian, dan betapa mudahnya lalai tatkala hidup dihiasi kemewahan dan keriangan. Ujian itu untuk kita memahami dan lebih mengerti hidup yang sebenarnya.

Percayalah, Dia mengetahui segal-galanya. Dia mahukan kita mendekatinya. Dia mengetahui kita dapat menghadapi ujian yang diberikannya. Tiada kejadian yang tiada fungsinya tiada peranannya. Ujian menimpa bukan sia-sia. Bersabar itu ubatnya. Redha itu penawarnya. Dekati Allah itu jalannya....



p/s: Kisah yang terselit dalam post ini, adlah kes2 benar belaka.

8 comments:

izan said...

aku suke bace cite nih..
naik bulu rome..hehehe..

nad said...

pe kaetan nek bulu roma ng cite ni. xfhm

izan said...

kire cite mu ni mempunyai aura laa..
kan kalu antu lalu org kate naik bulu rome sbb antu ade aura..
same ah ge cite mu ni..phm??
klu dok paham gop sudoh r..

Nadhirah Ahmad said...

okeh2. aku fhm. aku fhm r klu mu kait ng isu antu ni. mcm cnth kam. jd cpt fhm

izan said...

hahahaha..
ade2 jee..
aku nk g raye umah mu??
raye sini dok dap..
ari raye lapo perut..
baik pose je..
sadis gile..

dur_akhyar said...

s0rry icant go to ur open house~~
xder org merelakan atau sudi menghantar gee pi umah nad@adhi@dhira..huhuh..:P
best posting nie...nice|creatif..
be strong whenever u get the test from Him.SETIAP UIAN ADA TERSURAT DAN TERSIRAT~~happy eid mubarak..n all the best in every fiel u choose!!gambatte

nad said...

thanx for commenting

izan: dakpe2. mu blik, ak ajk mu mkn k pe k, biar mu topup kekosongan prut mu time rye ni.

durakhyar: xpe xdpt dtg. jem truk ktenye. cume tnggu gak kwn2 td. xpe. hope 2 c u 1day.

dur_akhyar said...

jam kat ganu cam kat kl jer...

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...