Friday, August 8, 2008

Yang Kecil Dilihat, Yang Besar Dipejam

Assalamualaikum w.b.t

Apakah maksud yang tersirat disebalik tajuk post ini. Sebenarnya ini adalah realiti kehidupan. Senario yang berlaku di sekeliling kita dan saya sendiri akui, ada kala saya termasuk dalam golongan ini. Iaitu golongan melihat yang kecil, memejam pada yang besar.

Setiap manusia melakukan kesilapan. Dalam kehidupan melakukan kesilapan adalah suatu fitrah dan sebaik-baiknya kita belajar dari kesalahan yang dilakukan. Bukan mengulangi kesilapan tersebut kerana orang yang hari esok lebih baik dari hari ini adlah orang yang beruntung, orang yang hari esok sama kelakuannya dengan hari ini tergolong dalam golongan yang rugi dan bagi orang yang hari esoknya lebih buruk dari hari ini, adalah orang yang celaka.

Soalnya? Apakah yang kecil dilihat, yang besar dipejam? Maksudnya, kelemahan menusia yang kecil itu biasanya yang kita lihat walaupun kelebihannya ternyata lebih banyak dari kelemahannya. Sedarlah kita cuma insan yang lemah, pasti ada kelemahannya.

Sekeping kertas A4 yang putih terkena setompok dakwat pen hitam. Manusia biasanya akan melihat titik hitam itu tanpa menyedari banyak lagi ruangan yang putih bersih yang boleh digunakan. Mengapa yang kecil itu begitu jelas di mata manusia sehingga lupa akan kebersihan yang disekeliling titik hitam itu?

Kerana kesilapan atau kelemahan yang kecil sahaja, kita memejamkan segala kebaikan yang dilakukannya. Saya merasakan ini tidak adil. Siapa kita mahu menhukum saudara kita sebegitu rupa? Layakkah kita meghukum orang lain yang tarafnya sama seperti kita iaitu hanya sebagai hamba? Lihatlah kebaikkan seseorang itu. Jangan kita membawa mulut menceritakan kelemahan kecilnya itu sehingga memalukan saudara sendiri.

Ingatlah, jika kita membuka aib orang lain di dunia, kelak aib kita akan dibuka di akhirat kelak. Kita juga mempunyai kelemahan kita sendiri. Oleh itu, tidak perlulah kite menggembar-gemburkan kelemahan orang lain. Sebaiknya, jika kelemahan itu boleh dibaiki, kita menegurnya dengan berhikmah dengan niat, supaya kita sama-sama dapat membaiki kualiti peribadi.

Semoga hari esok lebih baik dari hari ini. amien...

0 comments:

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...