Sunday, August 31, 2008

Ramadhan Version


"Setelah diperkenankan oleh Yang di Pertuan Agong dan Raja2 Melayu, maka tarikh permulaan bulan Ramadhan bg negeri2 adalah Isnin, 1 Sept 2008..." begitulah setiap tahun. Pakcik ni msih bjya tunaikan tggjwb dgn mengumumkn trikh rye n pose kt rkyt Mlysia. Oleh itu, Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan. Bulan yang mulia dan penuh barakah.

Skjp je rase, tak puas lg raye (ye k) 11 bulan, dah pun pose balik. Mcm bru je lg pose time kt mtrik dulu. hurm. Cepatnye mse berlalu, sejam bgai seminit. Tanda2 kiamat, masa berlalu sgt pnts. Kate mak, dulu nk smpai wktu asar, rse mcm lame tul. Tp skrg, tup tup asar. tup tup gareb.

Esok pose, terawikh mula. Ha. Cmne, kamu orang pergi tak. Jom2! Istiqamah trwikh. Tp fenomena yg bese tgk kt surau, time awal2 ramai, pahtu mkin pupus org kt surau. Oleh itu, kite same2 bngkitkan smngt trwikh. Takut2 rmdhan ni rmdhan teakhir.

Bak drama tv, org becinte, dgr suare boipren or gepren, apy bebeno r tu. Bgitu jgak aku. Miss bebeno suare Imam Sudais. Bg rkyt Mesia atau rkyt negara2 lain yg berada di Mesia pkul 1pagi, buka tv (apy aku, mekasih tv). Pkul 1, ada terawikh kt Mekah. Bes n syok menengok. Apetah lg kalu turut serta ikut imam tu di Baitullah. Lagi bes kan. Tapi memandangkan takde lg public transport yg blh smpai Makkah dlm mse 10minit, maka kita nikmati dgn menonton je la neh... Syukur dpt tgk. Negara lain blum tntu disiarkan tau!

Kuliah bejln seperti bese. Jgn nk ngade wat2 dop rok. ingt hang sorang k pose. Ptutnye steady cm hari2 bese. Time zmn rasulllah, blh bperang lg time pose. Malu lah k diri sndri skit (nsht utk aku jgk ni). Jgn tjukkan kt non muslim yg kite lemah sbb pose. Ak terkilan skit. Ad pljr time lectrr non muslim mngajar, sbb nk blik awal, die org buat2 letih, nk tido, ngtuk. Lctrer ni pun kesian n simpati dan bertanye penat sgt k. Maka diberi blik awal. Tp sedar atau tidak, bila wt g2, nampak sgt Islam lemah bile pose. Bagi tanggapan yang salah kpd non muslim. Pe nk jd. Aduh.... amik pngjrn dr story ni, dont try it in class or in lecture or in tutor or in lab. Clear?

Sempena bln pose, ak nk sertakan artikel mngnai pose. Kelbihan Pose. Artikel2 lain menyusul kemudian. Rajin2 bce. Tp mgkin rmai dh tau artkel ni, tp mnusia perlu pringatan...

KELEBIHAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi- (penuh keimanan n ikhlas. bkn pose pd name)

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainkan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi- (betapa besarnye mrtbt org pose. kempen pose!!)

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya. (log in pintu neraka. ACCESS DENIED! ak xmo log in. nauzubillah)

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat. (jgn krn pose sbb nk upah. he3)

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja. (hfl pkara2 yg btlkn pose, ye)

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi. (perfume Chanel, versace xmsuk boot la!)

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak. (betape gmbranye bila ingt time kcik2 dlu ble dgr rdio lagu "ding din ding. mnjukkan wktu bbka pose bg pot pet pot pet")

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap. ( bg pnyanyi, kat chorus, slow2 je la ye..)

Rujukan artikel:

1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah.
2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani
3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi.


p/s: post ni mmg pjg. sory la klu ngatuk. lame dop post hop ilmiah ekpom. abih interseting owh ak wat. tp dop au r klu dop interesting gop.

0 comments:

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...