Tuesday, July 22, 2008

Tooth Fairy, Santa Claus- Suatu Penipuan

Tooth fairy dan Santa Claus merupakan suatu mythology yang terkenal di negara-negara barat. Sehinggakan ana pernah percaya cerita2 ini iaitu semasa ana di Glasgow.

Ia bermula ketika ana umur 9tahun. Seperti kanak-kanak yang lain, umur ketika ini gigi kekal biasanya sudah mula tumbuh. Begitu juga ana. Suatu hari, sebatang gigi ana tercabut dan ana menceritakan hal itu kepada rakan ana di sekolah. Dia yang memperkenalkan ana dengan dunia tooth fairy.

"You put the tooth in a piece of paper, and put it under a pillow. Tomorrow u'll get something"

Kanak2 memang gemar hadiah, dengan gembiranya ana pun buat seperti yang disuruh kawan ana. Namun, harapan hanya tinggal harapan kerana gigi tetap menjadi gigi walaupun ana telah melaksanakan setiap prosedur yang sepatutnya. Ana membuat kesimpulan, itulah keuntungan orang kristian. Dapat tooth fairy.. Kerana kekecewaan, ana memberitahu umi ana dan dia membetulkan akidah ana dan menyatakan tooth fairy adalah karut semata-mata.

Dan suatu hari, bila ana berumur 12 tahun, cikgu ana di sekolah pernah berbincang dengan kelas ana tentang tooth fairy. Perkongsian mengenai bilakah mereka dapat mengetahui tooth fairy adalah penipuan, dikongsi bersama2. Di situ baru ana dapat mengetahui lebih jelas mengenai tooth fairy.

Kawan ana, George berkata,"My mom da(dad) told me that the fairy took the tooth to make her necklace".

Dan kami ketawa mendengarnya. Kenapa kami sekelas ketawa? kerana kami pernah tertipu dengan sesuatu yang karut sebegitu.

Santa Claus. 24 Disember (christmas eve), santa claus akan datang. turun melalui chimney(cerobong asap) dan letak hadiah dalam stokings yang digantung. Ketika ana berumur 8tahun, kerana terpengaruh dengan lagu dan filem2 di kacatv, sekali lagi ana terpengaruh dengan suatu karutan dan berfikir betapa untungnya kanak2 beragama kristian kerana Santa datang berkunjung ke rumah mereka. Santa datang ke rumah di seluruh dunia dengan menaiki kereta luncur yang ditarik dengan reindeer(sejenis rusa) yang berhidung merah. Dari mana wujud reindeer? Dan kenapa perlu turun melalui cerobong asap? Tiada pintu ke? Bagaimana yang tinggal di rumah flat, yang tiada cerobong asap? Logik ke.

Sekali lagi, umi ana membetulkan segala-galanya dan apabila ana 12 tahun juga, cikgu ana berbincang dengan kelas ana mengenai karutan Santa Claus.

Jelas bahawa tooth fairy dan Santa adalah suatu penipuan untuk kanak2. Ibubapa melarang anak mereka menipu, tetapi mereka sendiri yang memulakan penipuan kepada anak2 mereka mengenai Santa dan Tooth Fairy. Mengapa perlukan meneruskan penipuan tersebut jika ia jelas bahawa Tooth Fairy dan Santa hanyalah karutan.

Di sini ada yang menyatakan bahawa penipuan Tooth Fairy dan Santa lebih kepada suatu misteri dan apabila kanak2 dapat mengetahui hal sebenar, itu menunjukkan mereka sudah matang. Persoalannya, tiada cara lain ke untuk mengetahui tahap kematangan seorang kanak2?


Apa yang ditulis lebih kepada pengalaman dan pendapat ana mengenai tajuk ini.

0 comments:

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...