Thursday, July 17, 2008

Menstrual and Mandi Wajib

Dedicated to saudara seislam, Allycia

Memandangkan Upin dan adiknya, Ipin semakin meningkat dewasa, mereka dengan malu2 dan tersipu2nya bertanya tentang Menstrual dan Mandi Wajib kepada kakak mereka, Humaira. Maka, dengan open minded nya kak Humaira menerangkan satu persatu kepada mereka berdua dengan penuh sabar dan tenang sekali.

Apa itu menstrual?
Menstrual is blood that flows from a woman's uterus(of course la woman kan) usually at the age of 9-45years old.

Dalam Islam, darah wanita terbahagi kepada 4 iaitu:
-Haid
-Nifas
-Istihadhah
-Wiladah

Upin: Ada 4 ke? banyaknye??!!
Humaira: Ape yg bnyknya? setakat empat tu kan.
Upin: Lebih dr satu kire bnyk la tu. Kalau English dah kire plural. Tak belajar ke bahasa matsalleh???
Humaira: Pape jela. Nak tahu ke tak ni. Datang sini siapa yang nk cakap bnyk sebenarnya.
Upin: Ye..ye.. sila2.. teruskan bercakap (insaf sejenak)

Haid ialah darah yang keluar dari uterus perempuan kebiasaannya berumur 9-45tahun. Paling kurang ia keluar selama 1hari 1malam, dan paling lama pun 15hari 15malam. Tapi kebiasaannya 6-7hari. Jika keluar lebih dr 15hari 15malam, itu dikira darah istihadah, wajib tunaikan solat.

Wiladah ialah darah yang keluar dari uterus semasa melahirkan anak.

Nifas pula bagaimana?? Darah yang keluar dari uterus selepas melahirkan anak sahaja. Masanya tidak lebih dari 60hari 60malam dan kebiasaannya 40hari 40malam

Yang keempat adalah Istihadhah. Darah penyakit yang keluar dari uterus selain darah haid dan nifas. Wanita yang keluar istihadhah tidak dikenakan sebarang larangan.


Upin: Larangan? ade juga larangan ke untuk wanita yang haid dan nifas, kak?
Humaira: Ada la. tak tau ke??
Upin: Tak tahu la tanye kan. Kalau dah tau, buat apa upin tanya kan.
Humaira: Ye2...
Upin: Guna 2 bahasa boleh? English campur Malay. Boleh Upin belajar 2bahasa dalam satu masa. Ke tak pandai??
Humaira: Ehem!! Excuse me la. Siapa cakap i dont know how to speak English??!!
Upin: Jangan lah marah. Tanya pun salah ke?
Humaira: Ye2. Take a Break. Have a kitkat (proses tenangkan diri bila marah)
Upin: Kak, cerita la lagi... Upin nak tahu ni!!
Ipin (adik Upin): Betul3...

Larangan bagi wanita haid dan nifas ialah
- Pray which is solat
- Read or touch the Holy Quran
- Fasting
- Go into a mosque
- Divorce
- Tawaf (berjalan mengelingi kaabah sebanyak 7kali)
- Bersetubuh

Upin: Kenapa masa haid atau nifas tak boleh solat? I thought for a muslim, its compulsory to pray 5 times a day.
Humaira: Ha!! Good question. U seem to be interested to know more bout this topic. Well.. hurm.. let me think..

Setelah 2 jam memanaskan otak supaya cair, sebab kata orang melayu, otak cair itu maksudnya pandai. So, kene panaskan otak supaya dapat jawab soalan.

There's actually a reason why in Islam those who're having menstruation (haid dan nifas) cannot pray. Secara saintifiknya, masa haid tu, sel2 endometrum yang bulan lepas keluar dari uterus. Orang melayu gemar menyebutnya sebagai darah kotor. Well, buy the look you will know why they called it like that. Kadang2 ia juga mengeluarkan bau. To pray, we must be in a clean condition. Kalu diri sendiri yang bawa darah kotor, macammana nak tunaikan solat kan.

During menstrual, sometimes girls had overflow and those blood kene baju, skirt or whatever it is. Lepas tu, duduk kene kerusi la, kusyen la. Earlier I stated that during haid or nifas girls cannot enter a mosque. A mosque is a clean place for muslims to pray, read quran and so on. Jadi, kalau perempuan yang sedang haid or nifas, khuatir nanti overflow, kena lah karpet atau lantai masjid. Blood is najis. Jadi nanti kena orang yang nak menunaikan solat, tak sah sebab semasa solat kena berada dalam keadaan bersih. Apart from that, karpet tu tempat sujud, jadi kena bersih.


Sebab tak boleh sentuh Quran? Quran itu adalah kalam Allah yang suci. Jadi kalau nak memeganggnya mesti berada dalam keadaan bersih. Selain itu, kita meletakkan Al-Quran di tempat yang tinggi seperti rak buku, adalah salah satu cara kita menghormati dan menyangjung Al-Quran. Quran adalah sangat special kerana isinya sampai hari kiamat terpelihara.

Upin: Kalau dah habis haid atau nifas, boleh solat terus ke, kak?
Humaira: Em. Tak. Kenalah mandi wajib.
Upin: Mandi?! Mandi pun ade yang wajib ke? Tak pernah dengar pun..
Ipin(adik upin): Ha.. Betul3..

First, we look up at the definion of mandi wajib. It means mengalirkan air keseluruh badan dari rambut sampai ke hujung kaki dengan berniat menghilangkan hadas besar.

Sebab mesti mandi wajib adlah kerana berhadas besar, iaitu:
- bersetubuh (keluar mani atau tidak)
- Keluar mani (sengaja atau tidak)
- Mati kecuali mati syahid
- Haid
- Nifas
- Wiladah

Peraturan/Rukun mandi wajib:

1) Niat. Niat hendaklah dilakukan ketika mula2 menyampaikan air di badan.

Lafaz niat adalah: Sahaja aku mengangkat/menghilangkan hadas besar kerana Allah Taala.

2) Menghilangkan Najis

3) Meratakan air ke seluruh badan
Bulu dalam lubang hidung dan telinga tidak wajib di basuh kerana ia dianggap bahagian dalam badan. Jika bersanggul, wajib diuraikannya tetapi jika bulu itu pada asalnya tersimpul, dimaafkan. Wajib juga membasuh bahagian luar lubang telinga, lubang hidung serta di celah2 lipatan dan kemaluan. Adapun memandikan orang mati dimaafkan berbuat demikian sekiranya tidak dapat membasuhkan bahagian-bahagian sulitnya kerana itu dianggap sebagai menghinakan mayat.

Perkara sunat yang boleh dilakukan ketika mandi wajib:
-Menghadap kiblat
-Membaca bismillahirrahmanirrahim
-Membasuh 2 tapak tangan
-Mengambil wudhu' sebelum mandi
-Mendahulukan anggota kanan dari yang kiri (untuk anggota yg ada dua la)
-Tertib

Upin: Tu je ke pasal mandi wajib? Tak delah susah sangat kan Ipin?
Ipin(adik Upin): Betul3..
Humaira: Bila selesai mandi wajib, bolehlah menunaikan solat seperti biasa dan melakukan ibadat-ibadat lain.
Upin: Kenape kena mandi wajib dulu, kak
Humaira: Ada sebab yang tersirat sebenarnya...

Apabila seorang lelaki yang keluar air mani, dia akan letih dan kekurangan tenaga.
Oleh itu, dengan mandi, ia dapat memulihkan keletihan dan menutup liang-liang roma yang terbuka semasa air mani keluar.

Sama seperti ketika suami isteri bersetubuh, mandi akan memulihkan tenaga dan badan.

Selain itu, hikmah disyariatkan mandi wajib adalah kerana sebagai langkah untuk menghindari penyakit. Contohnya, jika tidak diwajibkan mandi, ada kemungkinan seorang perempuan tidak mandi wajib setelah habis haid dan ini mungkin memudaratkan dirinya kerana darah haid mengandungi bakteria-bakteria tertentu.

Sungguh besar Kekuasaan Allah.

Sekiranya terdapat apa2 kesilapan, jangan segan atau tersipu-sipu untuk komen.
wallahualam.


Special thanks to Abd Rahim Ahmad, Ustz Hassan Mahmud Al-Hafiz, Lokman, Taqim, Muhammad.

p/s:cerita upin,ipin dan humaira adalah rekaan semata2

0 comments:

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...