Friday, July 18, 2008

Ke Neraka kerana Pancaindera

Di pagi yang sunyi, ketika burung berkicauan, ayam aktif melaksanakan tugasnya dengan berkokok, malaikat turun membawa rahmat dan ketika itu jam berdetik menunjukkan pukul 5pagi. Humaira yang baru berumur 8tahun tapi genius akal fikirannya dengan rajin dan bersemangat menunaikan solat tahajud (ha.. budak 8tahun dah wat tahajud. Anda pula bagaimana? Pikir2) Setelah selesai solat subuh, dia mengajak adik-adiknya yang comel dan ternyata cute(besar nanti belum tentu cute.pasrah!!) ke taman untuk berjogging bagi mengeluarkan peluh dan seterusnya sebagai seorang manusia yang amal gaya hidup sihat. Budak 8taun pun ada kesedaran nk bersenam. Depa ni bile nk buat?! terkena ats batang idung sdri jugak nih. Kesian bebeno tengok tak berhasil langsung Jabatan Kesihatan Mesia penat2 buat iklan berbuih-buih mulut cakap kat rakyat yang memang pandai buat donno suruh bersenam 20minit setiap sessi, dalam seminggu.... hanya 3kali. Bukan tak nak bersenam kan, tapi sibuk skit.. Tapi sedarah diriku, pakcik, makcik, abang, kakak, semua orang di dunia ada 24 jam dari seorang wali Allah hinggalah Penganggur tetap. Jadi, Pandai2 urus mase. If u fail to plan, u plan to fail (sedap je kalu cakap nih).

Di taman, Humaira dan adik-adiknya Upin dan Ipin berborak sambil berjoging.

Upin: Kak, nak tahu tak makcik sebelah rumah kita tuh, yang jiran kita tu ada anak kan. anak die punya mak tu, merompak ke.
Humaira: Ish. Ada2 je kau ni upin.
Upin: Betul kak. Upin dengar orang lain cakap hari tu. Kan Ipin?
Ipin (adik Upin): ha. betul3...
Humaira: Dop2 e. Dop baik men nuduh2 ni Upin. Genyeh ng lade meroh baru tau!! Meh, akak nak story sket...

" La Yadhulul Jannata Qataatun".
Riwayat oleh Imam Bukhari dan Muslim.

Maksudnya, Tidak akan masuk syurga orang yang suka memfitnah

Upin: Fitnah?? Fitnah tu apa??

Hakikat fitnah ialah pemindahan pembicaraan orang kepada orang lain untuk merosakkan hubungan di antara mereka itu.

Ingat baik2 hadis ni ye. Jangan sekali atau dua kali ke tiga kali ke, menjadi tukang fitnah. Kerana tukang fitnah itu telah diharamkan oleh Rasullah s.a.w daripada masuk syurga. Kerana pancaindera iaitu mulut yang sepatutnya berzikir memuji Allah, tetapi digunakan untuk memfitnah, maka masuklah ke neraka seseorang itu. Pemfitnah adalah seburuk2 makhluk Allah di atas muka bumi ni. Al-Hafiz Al-Munziri mengatakan umat Islam telah bersepakat bahawa fitnah itu diharamkan dan ia adalah dosa besar!

Fitnah ni boleh menjatuhkan maruah orang lain. Kerana menceritakan hal orang lain yang tidak dilakukannya.

Pada zaman rasullah, salah satu kerja jahat kaum munafik adalah peristiwa fitnah yang disebut Haditsul Ifki dalam bahasa arabnya (ana dop reti bhs arab.isk3).

Ceritanya begini.. Dengar molek!

Semasa Perang Bani Mushtaliq atau Perang Muraisi' bulan Shaaban ke-5 Hjrah, buat pertama kalinya orang munafik menyertai pasukan Islam ketika berperang. Sebelum berangkat ke medan perang, seperti biasa Nabi Muhammad mengundi para isteri untuk menemaninya dan Aisyah adalah isteri yang menemani rasullah ketika itu.

Baji tujuan perjalanan itu, Aisyah memakai rantai yang dipinjam dari saudaranya, Asma'. Ketika iru Aisyah berumur 14tahun(kecik lagi).Oleh itu beliau memandang perhiasan sederhana itu sangat berharga.

Aisyah berkata, "Nabi Muhammad pulang bersama pasukan Muslimin selepas tamatnya perang. Kemudian kami berhenti sejenak semasa hampir sampai ke Madinah. Semasa pasukan bersiap2 berangkat, saya berjalan menjauhkan diri bagi membuang air. Selepas selesai, saya kembali dan menyedari rantai manik yang dipakai terputus. Oleh itu, saya kembali dan mencarinya".

Aisyah yakin yang beliau akan menjumpai semula rantai itu sebelum Muslimin berangkat. Maka, dia tidak memberitahu sesiapa berkenaan kepergiannya.

Dalam perjalanan itu, Aisyah diusung. Semasa beliau mencari rantai, pengusung mengangkat usungan dan letak atas unta dengan sangkaan Aisyah ada dlm usungan tersebut.

Aisyah kemudian jumpa rantai tersebut dan pergi ke tempat Muslimin berhenti tadi. Namun Muslimin sudah meninggalkannya dan berharap mereka akan tersedar kehilangan Aisyah. Aisyah menunggu di situ sehingga tertidur.

Pada waktu itu, Shafwan bin Mu'athal as-Sulami adz-Dzakwani melintas di kawasan itu. Beliau melihat ada sekujur tubuh bersalut kain hitam dan mengenali Aisyah. Shafwan menjerit dan terperanjat lalu berkata "Innalihiwainnailayhirajiun". Aisyah terbangun dengan jeritan tadi. Shafwan tidak berkata apa2 selain dari jeritannya tadi. Beliau menundukkan untanya dengan isyarat menyuruh Aisyah naik. Shafwan berjalan kaki di depan dengan menuntun unta yang dinaiki Aisyah sehingga sampai di kawasan Muslimin berehat.

Abdullah bin Ubay, ketua kaum Munafik melihat Aisyah berjalan dengan lelaki yang bukan suaminya mengambil peluang untuk memburuk-burukkan AIsyah. Fitnah tersebut tersebar luas di Madinah.

Tujuan Munafik melemparkan fitnah kerana:
-Mahu mengaibkan serta merosakkan nama baik ahlul bait dan keluarga Abu Bakar As-Siddiq
-Mahu merosakkan keharmonia rumahtangga Rasullah
-Mahu memusnahkan perpaduan Islam dan menanam benih2 perpecahan antara mereka.

Tetapi kebenaran pasti terungkai akhirnya. Aisyah bebas dari tuduhan tersebut selepas berada dalam penuh dukacita. Tuduhan ke atas kesucian permpuan, lebih2 lagi seorang isteri, tentulah memedihkan. Apatah lagi permpuan itu nyata tidak bersalah. Shafwan juga pernah bersumpah, "Maha Suci Allah! Saya sama sekali tidak pernah membuka pakaian seorang perempuan pun,"- Dicatat dalam himpunan koleksi Ishaq bin Rawaiyah.

Peristiwa fitnah juga pernah berlaku tehadap Maryam yang dituduh melakukan perkara yang tidak baik sehingga melahirkan Isa. Namun kekuasaan Allah melebihi segala-galanya apabila Nabi Isa yang masih bayi bercakap dan menempis segala fitnah yang dituduh ke atas ibunya yang tercinta.

Upin: Kalau macam tu kak.. Kenalah jaga baik2 mulut kita ni kan.
Humaira: betul tu Upin. Jangan kerana nikmat Pancaindera, kita terhumban ke neraka.
Ipin (adik Upin):Ha.. Betul3...

Lalu, mereka pun pulang ke rumah untuk makan pagi setelah penat bersenam.


Sekiranya terdapat apa2 kesilapan, jangan segan atau tersipu-sipu untuk komen.
wallahualam.

Special thanks to Sulaiman An-Naddawi, Habburrahman.


p/s:cerita upin,ipin dan humaira adalah rekaan semata2

0 comments:

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...